Gunung Kinabalu
Siapa sahaja yang tidak tahu Gunung Kinabalu? Sebagai rakyat Malaysia, pastinya anda semua tahu tentang Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah ini. Merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara, Gunung Kinabalu mempunyai ketingginan mencecah 4,095 meter dari aras laut. Menjadi lambang ke banggaan negeri Sabah, Gunung Kinabalu merupakan antara destinasi yang wajib didaki buat pendaki. Menerima ramai kunjungan pelancong dari dalam mahupun luar negara, anda tidak boleh lepaskan peluang untuk mendaki Gunung Kinabalu ini sekali dalam seumur hidup.
Namun begitu, anda dinasihatkan untuk bersenam dan berlatih mendaki bukit lain terlebih dahulu selain mendapatkan nasihat pakar pendaki bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Hal ini kerana, terdapat banyak kejadian di mana pendaki mengalami masalah kekejangan, dan sebagainya. Jadi siapkan fizikal dan mental anda terlebih dahulu sebelum memulakan pendakian ke Gunung Kinabalu.
KINABALU NATIONAL PARK TOUR
Pulau Sepanggar / Pulau Mari Mari
Pulau Sipanggar mungkin tidak sepopular pulau-pulau lain yang terdapat di Sabah seperti Pulau Sipadan, Pulau Mabul, dan lain-lain kerana ramai yang tidak mengetahui tentang pulau ini. Hanya 12 minit perjalanan dari Kota Kinabalu menggunakan bot, buat anda yang ingin ke pulau yang tidak terlampau padat dengan pengunjung, bolehlah datang ke Pulau Sipanggar ini. Dengan saiz dua kali ganda berbanding Pulau Manukan, di Pulau Sipanggar, anda boleh melakukan aktiviti seperti scuba driving, berkayak, memancing dan juga jungle trekking. Jika anda mencari tempat yang senyap dan privasi untuk merehatkan diri dari kesibukan bandar dan tempat yang tidak terlampau padat, datanglah ke Pulau Sipanggar.
Pulau Sapi
Kawasan Taman Laut Tunku Abdul Rahman ini sebenarnya merupakan kawasan perlindungan hidupan liar dan meliputi lima buah pulau yang terletak berdekatan iaitu Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik, Pulau Gaya dan Pulau Sulug. Buat anda yang pertama kali bercuti ke Kota Kinabalu, anda perlulah cuba aktiviti island hopping di pulau-pulau tersebut. Pengunjung yang bercuti sini dapat melihat keindahan panorama maritime dan keindahan pantai yang terdapat di sini. Anda juga boleh mencuba aktiviti snorkeling dan aktiviti tepi pantai yang lain yang terdapat di sana.
Pulau Manukan
Antara pulau yang popular di kawasan Kota Kinabalu kerana keindahan pantai dan juga kerana kemudahan yang tersedia di sini seperti chalet, restoran dan pusat menyelam. Pulau Manukan ini juga pulau kedua yang terbesar dalam Taman Tunku Abdul Rahman sekaligus menjadikannya antara kawasan yang menjadi pusat perlindungan hidupan liar termasuk pelbagai jenis tumbuhan. Antara aktiviti yang boleh anda cuba di sini ialah aktiviti menyelam dan snorkeling serta bersantai sebab suasananya yang tenang dan damai. Perjalanan ke Pulau Manukan dari Jesselton Point hanya mengambil masa kira-kira 15-20 minit sahaja. Jadi buat anda yang ke Sabah, jangan lepaskan peluang ini untuk ke Pulau Manukan ini.
Pulau Mantanani
Pulau Mantanani ini merupakan pulau yang besar dan terbahagi kepada dua iaitu Mantanani Kecil dan Mantanani Besar tapi Mantanani Kecil ini tidak berpenghuni. Pulau Mantanani ini memang cantik dan suatu masa dahulu terkenal dengan dugong, dolphin dan juga plakton yang berwarna biru pada waktu malam meskipun kini hidupan marin tersebut kian berkurangan. Namun begitu, anda masih lagi boleh melihat keindahan dan kecantikan Pulau Mantanani ini.
MANTANANI ISLAND SNORKELING
Desa Cattle Dairy Farm
Desa Cattle Dairy Farm ini kian popular dalam kalangan pelancong tempatan mahupun luar negara kerana lokasi tempatnya akan membuat anda berasa seolah-olah anda berada di ladang tenusu New Zealand. Ladang yang terletak di kaki Gunung Kinabalu ini membolehkan anda untuk melihat bagaimana perusahaan ladang lembu dijalankan. Anda boleh juga melakukan aktiviti seperti memerah susu dan belajar proses penghasilan produk tenusu yang banyak terdapat di sekitar Sabah. Selain itu, anda juga dapat melihat panorama indah berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu yang berkabus. Jangan lupa juga untuk membeli produk-produk tenusu yang dijual seperti Natural Yogurt, Aiskrim, Gelato dan cheese.
Lok Kawi Wildlife Park
Taman Hidupan Liar yang dibina pada tahun 2007 ini merupakan antara destinasi menarik di Sabah untuk anda lawati. Di sini anda dapat melihat haiwan dan hidupan liar yang terdapat di Kepulauan Borneo seperti monyet belanda, gajah terkecil di dunia iaitu gajah Pygmy, harimau, dan juga orangutan. Taman yang terbahagi kepada dua jenis taman iaitu zoologi dan botani ini ditubuhkan untuk menjadi taman haiwan yang mesra keluarga dan mendidik generasi muda tentang flora dan fauna di Borneo ini. Ambillah peluang ini untuk melihat sendiri depan mata, haiwan-haiwan yang suatu hari nanti mungkin akan pupus seperti yang terjadi kepada badak sumbu Sumatera.
Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre
Pusat rehab yang dibuka pada tahun 1964 di Hutan Simpan Sepilok dibina khusus untuk memelihara dan memulihara spesies orangutan yang semakin pupus. Dengan keluasan lebih 4294 hektar, Pusat Pemuliharaan Orangutan Sepilok mengekalkan ciri habitat asli orangutan dan juga berusaha untuk menyelamatkan orangutan yang menjadi haiwan peliharan dan kemudian mengembalikannya kepada habitat asli. Pengunjung yang melawat pusat ini berpeluang untuk berinteraksi dengan orangutan dengan lebih dekat. Hanya 24km dari Sandakan, anda boleh ambil peluang ini untuk melawat Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre ini.
SANDAKAN SEPILOK WILDLIFE
Pulau Sipadan
Menjadi satu-satunya pulau samudera di Malaysia yang terdiri daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari aras laut. Pulau Sipadan memang terkenal dalam kalangan penyelam skuba kerana Pulau Sipadan ini termasuk di antara tempat skuba terbaik di dunia. Dasar laut Pulau Sipadan ini merupakan syurga buat hidupan marin dan terumbu karang yang sangat menakjubkan. Antara hot spot atau kawasan panas untuk menyelam di Pulau Sipadan ini ialah Barracuda Point, Turtle Cavern, Coral Gardens Drop Off (terletak berhampiran jeti utama Pulau Sipadan), North Point, West Ridge, Hanging Gardens, Lobster Lair, Staghorn Crest, South Point, Turtle Patch, Batu Karang Tengah (Mid Reef), Whitetip Avenue dan Coral Gardens. Jadi buat anda yang minat dengan aktiviti scuba diving, Pulau Sipadan merupakan destinasi yang wajib anda pergi.
Mari Mari Cultural Village
Terdapat lebih dari 33 suku kaum dan etnik yang terdapat di Sabah yang membuatkan terdapat kepelbagaian seni budaya dan cara hidup masyarakat di sini. Di Mari Mari Cultural Village anda akan mengalami pengalaman yang cukup unik . Di sini anda berpeluang untuk melihat persembahan tarian tradisional, mempelajari hidupan harian masyarakat di sini dan juga melihat pahlawan-pahlawan di sini membuktikan kepakaran menyumpit dari jarak jauh. Anda pastinya akan menyukai pengalaman mengenali budaya dan cara hidup suku kaum di Sabah ini.
MARI MARI CULTURAL VILLAGE
Kiulu River White Water Rafting
Kawasan Kiulu merupakan sebuah kawasan kecil di daerah Tuaran popular dengan aktiviti-aktiviti seperti zip line, team building, ATV dan juga water rafting. Sungai Kiulu yang sepanjang 15 km ini merupakan tempat yang sesuai buat mereka yang ingin merasai pengalaman mencuba water rafting. Water rafting I Sungai Kiulu dikelaskan sebagai kurang deras dan tidak terlalu ekstrem, jadi bolehlah anda cuba aktiviti ini.
KIULU RIVER WHITE WATER RAFTING (GRADE I-II)
Pasar Malam KK / Pasar Malam Sinsuran
Jika anda seorang yang gemarkan makanan laut, jangan lupa untuk singgah ke Pasar Malam Sinsuran yang dibuka setiap hari untuk mendapatkan makanan laut pada harga yang murah. Dikenali sebagai seafood heaven, di pasar malam ini anda boleh dapatkan makanan laut seperti udang, ketam malahan lobster pada harga yang murah. Jadi apa tunggu lagi, makan seafood sepuas hati anda di Pasar Malam Sinsuran ini.
Pulau Bum Bum
Jika anda ke Semporna, jangan lupa untuk singgah sebentar ke Pulau Bum Bum yang terletak berhampiran dengan perairan Semporna. Pulau yang dikatakan sebesar Singapura ini kurang popular berbanding pulau lain yang terdapat di Sabah kerana bukan merupakan dan sekaligus menjadikannya sebagai pulau yang sehingga kini masih terjaga ekosistemnya.
Pulau Mabul
Pulau Mabul ini tidak lagi perlu diperkenalkan kerana sememangnya popular dalam kalangan pengunjung luar dan dalam negara. Jika anda ingin ke Pulau Mabul ini, anda perlu menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Tawau dan kemudian ke Semporna sebelum menaiki bot laju untuk dibawa ke Pulau Mabul. Mengambil masa 40-45 minit dari Semporna untuk sampai ke Pulau Mabul ini, di sini anda boleh snorkeling dan melihat keindahan laut yang masih jernih. Pulau Mabul merupakan tempat yang ideal buat anda yang ingin berbulan madu.
Pulau Mataking
Pulau Mataking yang terletak tidak jauh dari Pulau Sipadan ini mempunyai air laut yang jernih dan lokasi resort yang terletak di tepi pantai sekaligus membuatkannya menjadi destinasi pilihan untuk berbulan madu bagi pasangan berkahwin. Terbahagi kepada dua buah pulau iaitu Mataking besar dan Mataking Kecil, dua buah pulau ini hanya dipisahkan dengan jujuran pasir pantai yang akan tenggelam sewaktu air laut pasang. Anda tidak akan lupakan pengalaman snorkeling di sini kerana anda akan terpegun melihat hidupan marin dan terumbu karang di sini.
Pasar Filipino
Jika anda singgah di Kota Kinabalu, jangan lupa untuk singgah di Pasar Flipino ini. Digelar Pasar Filipino kerana rata-rata penjualnya berbangsa Filipina, di pasar ini terdapat banyak pilihan barangan yang dijual sehingga anda boleh rambang mata memilih. Di Pasar Filipino ini, anda boleh membeli barangan seperti kraftangan, hasil laut, perhiasan dan banyak lagi. Paling utama, di sini juga anda boleh membeli Mutiara yang dijual sebagai rantai dan gelang. Jika anda datang pada sebelah petang Pasar Filipino ini, anda boleh menikmati makanan laut seperti udang, ikan, ketam dan lain-lain pada harga yang murah.
KOTA KINABALU NIGHT MARKET
Ladang Teh Sabah
Jangan sangka di Cameron Highland sahaja terdapat ladang teh, di Sabah juga terdapat ladang teh yang terletak di Ranau. Ladang Teh Sabah ini merupakan ladang teh organik yang membolehkan anda untuk melihat kilang memproses teh dan mempelajari mengenai the dari segi pembuatan, pembungkusan, dan jenis teh. Berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu, anda boleh menghirup udara segar sambil menikmati secawan teh di restoran berdekatan.
Gua Gomantong
Gua Gomantong ini terbahagi kepada dua iaitu Simud Hitam (Gua Hitam) yang berketinggian sehingga 90 meter dan Simud Putih (Gua Putih) dan terletak di Hutan Simpan Gomantong dengan keluasan 3,297 hektar. Gua Gomantong merupakan tempat pemuliharaan dua spesis burung layang-layang iaitu dari Aerodramus Fuciphagus dan Aerodramus Maximus yang sarangnya boleh mencecah sehingga RM 7,000 – RM 12,000 per kg.
Terdapat kemudahan jalan kaki yang disediakan buat anda yang ingin meneroka Gua Gomantong. Peringatan buat anda yang ini meneroka gua ini, bagi yang Nyctophobia iaitu takut pada tempat gelap, disarankan untuk tidak masuk ke Gomantong ini.
Pulau Bohey Dulang
Merupakan antara 8 buah pulau yang terdapat dalam Taman Marin Tun Sakaran, Pulau Bohey Dulang merupakan sebuah pulau berteluk yang mempunyai air laut yang jernih dan pemandangan yang cantik. Pulau yang terbentuk dari batuan volkanik ini mempunyai puncak ketinggian 600 meter yang membolehkan anda untuk mendaki naik ke puncak dan melihat pemandangan penuh keseluruhan laut dan menikmati keindahan alam yang tercipta. Disebabkan Pulau Bohey Dulang ini merupakan taman yang kaya dengan khazanah laut, anda jangan lepaskan peluang untuk snorkeling dan diving di lautnya yang jernih.