Aquaria KLCC | Kuala Lumpur

Pernah ke Aquaria KLCC ?

Aquaria KLCC, taman akuarium sebesar 60,000 kaki persegi bertaraf dunia ini mempamerkan pelbagai hidupan akuatik buat tatapan anda. Oceanarium yang terletak di berdekatan Menara Berkembar Petronas ini, menempatkan lebih 250 spesis yang berbeza dan lebih 5,000 hidupan air tawar dan hidupan marin. Tarikan utama yang terdapat di sini pastinya terowong air sepanjang 90 meter. Sepanjang di laluan terowong ini,  anda dapat melihat ikan jerung Sand Tiger, ikan pari gergasi Arapamia, penyu dan hidupan laut lain. Di sini juga anda boleh melihat tapak sulaiman hidup dan menyentuh ikan di Touchpool. Dan pada hari Isnin, Rabu dan Sabtu jam 3.00 petang anda boleh melihat penyelam terlatih memberi makan kepada ikan jerung.

Antara akuarium yang terbaik di Asia, anda tidak boleh terlepas peluang untuk ke sini. Bawa keluarga anda melawat Aquaria KLCC hari ini. Harga tiket Aquaria KLCC ini di antara RM37- RM 46 untuk warganegara manakala untuk pelancong luar antara RM 46 – RM 65. Untuk itu, adalah lebih baik untuk anda membeli tiket Aquaria KLCC ini secara atas talian. Terdapat diskaun dan promo yang ditawarkan, anda juga tidak perlu lagi bersusah payah untuk beratur masuk.

Antara Aktiviti Seronok di Aquaria KLCC

Dive With The Shark (Menyelam dengan Jerung) 

Pakej ini hanya terbuka untuk penyelam terlatih yang berumur 14 ke atas.

Cage Rage (Selaman Dalam Sangkar) 

Mereka yang bukan penyelam terlatih atau berumur 14 tahun ke bawah juga boleh menyelam, tetapi dalam sangkar besi.

Sleep With the Sharks (Tidur Bersama Jerung)

Kanak-kanak berusia 6 – 13 tahun boleh menyertai program ini pada musim cuti sekolah.

Holodeck 3D

Ilusi 3D zaman dinasaur yang baru dikenalkan. Anda harus cuba ilusi pelik ni. Lihatla keseronokan mereka di bawah! Adakah anda berminat untuk melawat Aquaria KLCC? Dapatkan diskaun tiket Aquaria anda di sini.

Harga Tiket Aquaria KLCC

Kanak-kanak di bawah 3 tahun – Percuma

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)Warga Emas (RM)
Warganegara45.0535.8835.88
Pelancong Asing63.4855.2845.08

Cara Guna Tiket
  • Rujuk Tripcarte.Asia.
  • Tambah tiket Aquaria KLCC anda ke dalam troli beli-belah
  • Semak keluar dan lengkapkan tempahan anda dengan pembayaran
  • Tripcarte Asia QR Code dan e- tiket akan dihantar ke email anda dalam tempoh 2 jam.

Penebusan Tiket
  • Ini adalah tiket FlexPlus, boleh masuk bila – bila tarikh sahaja dalam tempoh masa 6 bulan.
  • Hanya tunjuk QR Code / E-ticket anda dari telefon bimbit anda di kaunter.

Shopping Cart