Destinasi ekopelancongan terbaru di Pulau Pinang ini terletak di Penang Hill atau juga dikenali sebagai Bukit Bendera ini kian menjadi pilihan pengunjung dari dalam dan luar negara untuk bercuti kerana lokasinya yang menarik dan juga dengan keindahan panorama yang memukau. Merupakan sebuah hutan lipur yang kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna, anda pastinya akan jatuh cinta dengan keindahan alam yang disajikan di sini. Menawarkan pelbagai aktitviti dan tarikan untuk dilakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan, anda akan menikmati saat yang menenangkan sewaktu berada di The Habitat Penang Hill ini.
Flora dan Fauna yang memukau
Terletak di puncak Bukit Bendera, kawasan The Habitat ini dikelilingi oleh hutan tropika yang berusia lebih daripada 130 juta tahun dan menjadi rumah kepada pelbagai jenis flora dan fauna yang mungkin tidak terdapat di tempat lain. Beberapa taman terdapat di sini seperti Fern Garden, Butterfly Garden, Ginger Grove, Orchid Garden yang membolehkan anda untuk mendekati dan mengetahui dengan lebih mendalam tentang tumbuh-tumbuhan ini. Selain itu juga anda akan melihat haiwan-haiwan dari pelbagai jenis dan spesis seperti kancil, ular, katak, tupai dan kura-kura. Anda pasti teruja saat melihat haiwan-haiwan ini.

Meluncur dengan Colugo Zipline
Mula beroperasi pada Disember 2018, Colugo Zipline ini akan membawa anda meluncur merentasi kawasan di dalam The Habitat. Menawarkan 5 kali peluang untuk zipline, anda boleh mencubanya secara solo atau pun berdua. Jadi jangan lepaskan peluang untuk alami pengalaman yang mengujakan dan melihat sekitar kawasan ini dari perspektif yang berbeza.
Pemandangan 360 darjah dari Curtis Tree Top Walk
Lihat pemandangan menakjubkan keseluruhan bandar Pulau Pinang dari 360 darjah hanya di Tree Top Walk. Memandangkan terletak di puncak Bukit Bendera, anda mungkin bernasib baik untuk melihat sehingga ke pulau-pulau di Langkawi. Pada ketinggian , platform ini dapat menampung sehingga 120 orang pengunjung pada satu-satu masa. Untuk sangatlah rugi jika anda tidak mengambil peluang keemasan ini untuk melihat pemandangan yang menakjubkan ini.

Bergambar di Giant Swing
Memang rugi kalau anda ke The Habitat Penang tetapi tidak mengambil gambar untuk disimpan sebagai memori bukan? Di The Habitat ini terdapat banyak lokasi yang anda boleh bergambar. Tapi tempat utama yang perlu anda singgah sebentar untuk berswafoto ialah buaian gergasi (Giant Swing). Terdapat 3 buaian gergasi yang tersedia di sini, jadi bolehlah anda bergambar di sini.
Berjalan di Canopy Walk
Berjalan merentasi kawasan hutan tropika di Langur Way Canopy Walk yang membolehkan anda untuk melihat sehingga ke Lautan Andaman. Dengan ketinggian setinggi 40 meter dan sepanjang 230 meter ini, Canopy Walk ini direka tanpa menggenakan satu pun kabel pada pokok – pokok di sini. Datanglah dan lihatlah keindahan panorama alam semula jadi yang memukau.
