Nama Tempat Yang Pelik Di Malaysia

Anda pernah dengar nama-nama tempat seperti Pulau Susu Dara? Pulau Babi Tengah? Pulau Kentut Kecil? Pelikkan nama-nama tempat tersebut. Tahu tak dekat Malaysia, ada banyak nama-nama tempat yang cukup unik dan pelik yang anda pasti akan garu kepala bila dengarnya.

Jom lihat senarai nama tempat yang pelik terdapat di Malaysia yang boleh anda kunjungi. Pulau Dayang Bunting ini tidak perlu diperkenalkan lagi kerana menjadi salah satu destinasi yang wajib untuk dikunjungi jika anda ke Langkawi. Pulau ini mendapat nama dari cerita Lagenda mengenai seorang puteri kayangan bernama Mambang Sari yang turun untuk bermandi kemudian ditipu oleh Mat Teja sehingga membuatkan dia mengandungkan anaknya.

Malangnya, anak mereka meninggal sewaktu berusia tujuh hari kerana menderita penyakit misteri. Mambang Sari kemudiannya meletakkan anaknya ditasik itu lalu menyebabkan terjadinya lagenda Tasik Dayang Bunting. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, anda akan dapat melihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala, dada dan perut yang sedang bunting.    

Antara 99 buah pulau yang terdapat di Langkawi. Berdasarkan lagenda, pulau ini dikatakan mendapat namanya menerusi kisah perkahwinan antara anak perempuan Gunung Mat Chinchang dan anak lelaki Gunung Mat RayaKeluarga pengantin perempuan menyediakan nasi separuh masak kepada pengantin lelaki, setelah memakannya, pengantin lelaki terkentut dua kali, lalu wujudlah dua pulau itu.

Tidak diketahui bagaimana pulau ini mendapat namanya tapi disekelilinganya terdapat gugusan pulau kecil seperti Pulau Susu Dara Besar, Pulau Susu Dara Kecil dan Pulau Tokong. Pulau Susu Dara yang terletak di Perhentian, Terengganu ini menjadi tumpuan pengunjung untuk aktiviti snorkeling.  

Baca nama pun dah kontroversi bukan? Namun begitu, sungai ini merupakan antara sungai tercantik di Malaysia kerana lokasinya yang agak terpencil dan jauh. Anda akan mengambil masa dua hari untuk ke Sungai Bangang ini, kemudian anda perlu mendaki dari Hutan Lipur Chemerong yang terletak di Hulu Dungun, kira-kira 100 kilometer dari Kuala Terengganu.

Meskipun namanya Gunung Besar Hantu, anda tidak perlu risau kerana tiada hantu di sini. Gunung yang merupakan gunung tertinggi di Negeri Sembilan ini dengan ketinggian 1,461 meter dari aras laut menjadi lokasi menarik buat kaki daki. Jika berkunjung ke gunung ini, anda pasti akan bertemu dengan air terjun Lata Kijang, salah satu air terjun paling tinggi di Semenanjung Malaysia.

Pernah menjadi kem transit buat pelarian Vietnam pada tahun 70-an sebelum ditutup pada atahun 80-an dan kemudian digazetkan menjadi kawasan marin oleh kerajaan, Pulau Babi Tengah atau kini dikenali sebagai Pulau Tengah merupakan sebuah pulau persendirian. Terletak kira-kira sembilan batu nautika dari Pulau Mersing, perjalanan dari jeti bot Mersing hanya mengambil masa selama 30 minit.  

Pulau Babi Besar mendapat nama apabila dikatakan terdapat banyak babi hutan yang mendiami pulau tersebut sebelum sebelum Pulau Babi Besar ini dikomersialkan. Kini, ulau ini dikenali sebagai Pulau Besar. Pulau yang merupakan salah satu gugusan pulau kecil di Semporna ini selain sememangnya mempunyai nama yang unik.

Pulau Timba Timba ini meskipun tidak diketahui bagaimana boleh mendapat namanya memang cukup terkenal dengan keindahan tempatnya yang pasti memukau anda. Tarikan popular di sini ialah satu garisan pemisah laut yang boleh dilihat dengan begitu jelas. Warna biru gelap dan warna biru terang seakan-akan terpisah dengan kemas dalam satu jajaran lurus.

Selain Pulau Timba Timba, di Semporna Sabah ini juga terdapat pulau yang namanya cukup unik, iaitu Pulau Bum Bum. Meskipun namanya pelik, pemandangan yang ditawarkan di tempat ini akan membuat anda tidak ingin pulang.  

Pulau Pom Pom di Semporna Sabah ini merupakan satu daripada enam pulau penting yang menjadi tempat bersarang buat burung Hawksbill dan penyu hijau. Pulau Pom Pom ini juga menjadi rumah buat 220 spesis ikan, 250 jenis terumbu karang dan hidupan exotic marin.

Shopping Cart