Snorkeling | Pulau Payar

Pulau Payar ini menjadi destinasi tumpuan pelancong baik dalam negara dan luar negara kerana aktiviti snorkeling. Telah menjadi salah satu taman laut negara , Pulau Payar Marine Park ini sebenarnya pulau yang  tidak berpenghuni.  Di sini, anda hanya boleh datang untuk bermandi-manda,  snorkeling atau diving secara berkumpulan.

Pasirnya yang memutih dan lautnya yang membiru akan menambat hati anda untuk berkunjung ke sini. Pelbagai hidupan marin yang ada boleh lihat di sini seperti batu karang, dan jika anda bernasib baik, anda dapat melihat ikan lumba-lumba dan juga ikan paus sewaktu anda snorkeling dan diving di sini.

Snorkeling di Pulau Payar

Memandangkan Pulau Payar ini terkenal dengan keindahan dan hidupan lautnya, pastinya masa anda di sini akan banyak dihabiskan dengan snorkeling. Namun begitu, di sini juga anda boleh melihat keindahan flora di sini dengan aktiviti jungle trekking dan juga anda boleh melakukan aktiviti Bird Watching.

Perjalanan ke Pulau Payar Langkawi

Terdapat 3 cara untuk anda sampai ke Pulau Payar ini, iaitu

  • Dari jeti Kuala Kedah (ambil masa 30 minit)
  • Pulau Langkawi (ambil masa 1 jam)
  • Pulau Pinang (ambil masa 2 jam)

Waktu Operasi  
  • 9.30  pagi – 4.30 petang | Setiap Hari
  • Whatsapp atau Hubungi tarikan tersebut 3 hari sebelum bagi mengesahkan tempahan anda.

Pakej Pulau Payar

Kanak-kanak perlu diawasi oleh penjaga dan instruktor.

PakejKanak-KanakDewasa (RM)
Beach Snorkeling130190
Beach Introductory Dive 350
Beach Diving 320
Platform Diving 420
Platform Introductory Dive 450
Platform Snorkeling 350

 

Tempah Tiket Anda
  • Tambah tiket anda ke dalam troli beli-belah anda.
  • Semak keluar dan lengkapkan tempahan anda dengan pembayaran
  • Tripcarte Asia QR Code  akan dihantar ke emel anda dalam tempoh 2 jam.

Penebusan Tiket
  • Ini ialah tiket FlexBasic, anda perlu hubungi atau Whatsapps tarikan tersebut untuk sahkan tempahan anda.
  • Maklumat tarikan akan disertakan sekali dalam emel yang diterima.
  • Pada hari tersebut, sila tunjukkan kod QR anda di kaunter tiket.

Polisi Pembatalan

Jika anda ingin membatalkan tiket, sila isi borang Bayaran Balik di sini.

Shopping Cart