Tips Bercuti | Bulan Ramadan

Pilih Destinasi Yang Sesuai

Perkara pertama yang perlu difikirkan jika anda ingin travel ialah pilih destinasi travel. Sewaktu bulan puasa, anda pilihlah destinasi yang sesuai dilawati ketika sedang berpuasa. Jika anda ingin ke luar negara, pilih destinasi yang muslim- friendly dan tidak terlalu extreme.

Kaji juga cuaca dan tempoh masa berpuasa di tempat tersebut kerana terdapat sesetengah tempat tempoh puasanya sehingga lebih 20 jam. Kalau anda pasti boleh bertahan untuk berpuasa selama itu, tiada masalah, jika tidak cari tempat lain yang waktu puasanya lebih singkat.

Buat anda yang bercuti dalam negara pula, anda tidak perlu risau tentang tempoh waktu berpuasa kerana waktu puasanya sama sahaja. Tapi pilihlah destinasi percutian yang tidak memerlukan anda melakukan aktiviti yang memenatkan.

Rancang Perjalanan

Setelah pilih destinasi, perkara seterusnya yang perlu ada buat ialah merancang perjalanan dengan sebaiknya.  Sediakan jadual itinerary aktiviti yang tidak terlalu padat buat anda supaya anda tidak keletihan. Aktiviti yang memerlukan anda menggunakan fizikal dan tenaga yang banyak lebih baik dielakkan seperti mendaki gunung, jungle trekking dan sebagainya.

Selain itu, anda juga perlu semak hari dan waktu operasi tempat yang ingin dituju di samping tempoh masa yang mungkin akan dihabiskan anda bagi mengelakkan anda tidak membazirkan masa yang terlalu lama di tempat tersebut. Masukkan juga waktu berbuka dalam jadual itinerary anda bagi mengelakkan anda terlepas waktu berbuka.

Elakkan Berjemur Tengah Panas

Elakkan dehidrasi dengan tidak berjemur di tengah panas kerana sewaktu berpuasa, badan anda akan kekurangan air. Sediakan payung dan kipas mini dalam beg anda bagi mengelakkan anda keletihan melampau dalam cuaca panas ini.

Dan sekiranya anda bercuti dalam negara, disarankan untuk berkunjung ke pantai pada waktu petang dan elakkan berkunjung ke kawasan pantai pada waktu tengahari kerana waktu itu matahari sedang terik. Selain itu, cari juga tempat atau kawasan tarikan yang tertutup bagi mengelakkan anda berjemur lama di tengah panas.

Sentiasa Bersahur

Amalan bersahur merupakan sunnah Nabi SAW yang perlu diamalkan untuk anda memperoleh kekuatan dan tenaga sewaktu berpuasa. Lagi-lagi untuk anda yang pergi bercuti, ini kerana anda akan melakukan aktiviti luar dan melalui perjalanan yang panjang.

Antara makanan yan berkhasiat dan boleh membekalkan tenaga buat anda seperti oat, kurma, kekacang, pisang dan paling penting air mineral untuk mengelakkan anda dehidrasi.

Bawa Bekalan

Sentiasa pastikan di dalam beg anda terdapat bekalan makanan dan minuman sebagai persediaan jika anda tiba-tiba tidak sempat untuk berbuka kerana tersekat dalam kesesakan jalan raya ataupun kawasan percutian anda tiada kedai makan misalnya.

Jadi bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku, anda digalakkan untuk membuat sedikit persediaan. Anda boleh sediakan makanan seperti roti atau buah kurma yang boleh alas perut untuk sementara sebelum anda berbuka puasa dengan makanan berat.

 

Sumber: libur.com

Shopping Cart