Apa yang menarik
- Tiket masuk ke Teddyville Museum
Maklumat penting
- Waktu Operasi: 9:00 pagi - 6:00 petang | 7 hari seminggu, termasuk cuti sekolah & cuti umum
- Lawatan akhir: 1 jam sebelum waktu tutup
TEDDYVILLE MUSEUM PULAU PINANG
Teddyville Museum Penang ialah muzium pertama dan terbesar di Malaysia yang mengumpulkan koleksi teddy bear dari pelbagai negara dan era seawal tahun 1900s. Dari koleksi teddy bear terawal yang pernah dibuat sehinggalah ke miniatur dan patung bersaiz manusia, terdapat pelbagai teddy bear untuk semua.
Terletak di tingkat bawah DoubleTree Resort by Hilton Penang, TeddyVille Museum Penang meliputi ruang sebesar 9000 kaki persegi yang menempatkan patung berbulu comel yang akan menarik minat pengunjung seisi keluarga. Bukan sahaja sebuah muzium yang menceritakan tentang sejarah teddy bear, malah turut mempamerkan dan meraikan sejarah budaya Pulau Pinang. Pengunjung akan melalui pengalaman yang menakjubkan sewaktu mereka mengimbau waktu Sir Francis Light menjejakkan kaki untuk pertama kali pesisir pantai Pulau Pinang dan berjalan merentasi zaman dari zaman dulu sehingga kini.
TeddyVille Museum juga menempatkan Mini Penang, iaitu miniatur teddy bear yang akan dipakaikan dan diletakkan dalam satu set kecil yang melambangkan tempat-tempat menarik di Pulau Pinang. Ini merupakan satu lawatan ringkas penuh dengan kecomelan yang anda tidak boleh lepaskan untuk melawat setibanya ada di pulau ini.
Selain itu, Penang Cultural Boardwalk pula menampilkan teddy bears bersaiz manusia yang dipakaikan pakaian mengikut kepelbagaian budaya yang terdapat di Pulau Pinang. Untuk melengkapkan sejarah mengenai Pulau Pinang, kami sertakan sekali ikon Pulau Pinang yang memberi impak kepada dunia mengikut bidang masing-masing tapi dalam bentuk teddy bear. Patung setinggi XNUMX kaki ini adalah cara kami untuk mengucapkan terima kasih di atas sumbangan mereka. Anda boleh melihat patung yang menyerupai Tan Sri P.Ramlee, Dato'Jimmy Choo, Dato' Nichole David, Dato' Lee Chong Wei dan banyak lagi.
The TeddyVille Museum diwujudkan yang dasarnya ingin memberi pengalaman yang menyeronokkan, berinformasi dan juga kaya dengan budaya. Sejajar dengan prinsip tersebut, kami turut memberi peluang kepada pengunjung untuk membuat patung mereka sendiri. Tidak kisahlah bagaimana bentuknya, sama ada tinggi , rendah mahupun berisi atau kurus, di TeddyVille Museum, anda tidak terlalu tua untuk memiliki patung anda sendiri.
Lokasi
56, Jalan Low Yat, Puncak Ria, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
9:00 pagi - 6:00 petang | 7 hari minggu, termasuk cuti sekolah & cuti umum

Fatin
Tempat syurga untuk Pecinta Teddy Bear. . Saya nak bawa balik semua teddy bear. Rugi kalau datang Penang tapi tak pergi Teddyville ni