LAWATAN DI GAHARU TEA VALLEY

diberi nilai 0 daripada 5
136 dibeli
RM5 - RM9
Gambaran Keseluruhan
Gaharu Tea Valley adalah ladang gaharu di luar Gopeng, Perak dan telah menjadi destinasi agro-pelancongan yang berkembang. Tembok Besar Gopeng di Lembah Teh Gaharu adalah satu lagi ...

Gaharu Tea Valley adalah ladang gaharu yang terletak diluar Gopeng, Perak dan telah menjadi destinasi agro-pelancongan yang semakin berkembang. Tembok Besar Gopeng di Gaharu Tea Valley merupakan salah satu tarikan utama di sini. Benteng yang menyerupai Tembok Besar China ini setinggi 3 meter dan lebar 6 kaki. Ia dibina memastikan ladang selamat dari segala pencerobohan terutama dari haiwan liar, dan pada masa yang sama membolehkan pengunjung untuk mengambil gambar dan menikmati pemandangan menakjubkan dari dinding benteng tersebut.

Maklumat Pantas
Tiket Segera | Boleh Melawat Hari Yang Sama
Dipaparkan pada telefon bimbit
Pembatalan PERCUMA
Sah selama 6 bulan
2 jam
Kumpulkan Mata
Apa Termasuk
  • Akses ke Hilltop Viewing Stage dengan kafe yang dibuka setiap hujung minggu
  • Akses ke Tree Hugging Park
  • Akses ke Lovers Park
  • Merasa teh secara percuma
  • Berjalan di HOGA Time Tunnel
Dewasa
RM9
Kanak-kanak (3 - 12 tahun)
RM5
Jumlah: RM0
Apa yang perlu dijangkakan

Hilltop Viewing Stage
Terletak di Gaharu Tea Valley, Gopeng, puncak ini membolehkan pengunjung untuk menikmati pemandangan penanaman pokok Gaharu dan juga pemandangan kawasan bukit Gopeng yang terletak di kawasan Titiwangsa.

Taman Kekasih
Dua pokok terjalin untuk berabad lamanya dan tumbuh besar di kawasan penanaman ini yang kelihatan seperti pasangan kekasih berdakap. Dahan pokok yang bersambung dan tidak boleh dipisahkan membuatkan, penduduk tempatan menggelarnya sebagai “Lover Trees”.

Tree Hugging Park
Berjalan di kawasan penanaman pokok gaharu yang menenangkan sambil anda menghirup udara segar. Ion negatifSains membuktikan bahawa terdapat kuasa penyembuhan jika anda memeluk pokok dan kami di sini menggalakkan anda untuk mengambil sebanyak masa yang boleh untuk melepaskan tekanan anda dengan memeluk mana-mana pokok yang anda suka termasuklah pokok bertema lukisan haiwan.

Hoga Outlet & Deli
Selain dari melihat pemandangan, pengunjung boleh membeli produk kesihatan HOGA, terutaman teh HOGA Agarwood, produk keluaran Gaharu Tea Valley. Selain itu, anda boleh mencuba produk makanan kami seperti ais krim HOGA dan yang diperbuat 100% dari bahan semula jadi dan HOGA Tea Eggs di HOGA Deli kami.

Maklumat Penting
  • Masuk percuma untuk kanak-kanak di bawah umur tiga (3) tahun
  • Waktu Operasi: 9:15 pagi - 6:00 petang | Ditutup setiap hari Selasa, kecuali cuti sekolah & cuti umum
  • Lawatan akhir: 1 jam sebelum waktu tutup
Waktu Operasi dan Lokasi

Lembah Teh Gaharu, Jalan Sungai Itek, 31600 Gopeng, Perak
9: 15 pagi - 6: 00 pm
Ditutup setiap hari Selasa, kecuali pada cuti sekolah & cuti umum

Polisi pembatalan
  • Tiket ini boleh ditunaikan semula jika belum lagi ditebus.
  • Tiket yang telah ditebus tidak boleh ditunaikan semula.
  • Sebanyak 10% caj pembatalan akan dikenakan bagi proses bayaran balik.
Terma dan Syarat
  • Semua tiket sah selama 6 bulan dari tarikh pembelian.
  • Anda tidak perlu mencetak tiket. Anda hanya perlu menunjukan kod QR menggunakan telefon bimbit anda.
  • Sila ke kaunter tiket bagi menebus tiket anda.
  • Mykad dan Mykid perlu dikemukakan di kaunter tiket bagi pembelian tiket jenis pemegang Mykad.
  • Kad pengenalan untuk pengesahan umur perlu dikemukakan di kaunter bagi pembelian tiket jenis Kanak-Kanak.
Soalan Lazim
Bagaimana saya akan menerima tiket? Setelah selesai pembayaran, anda akan menerima emel berserta kod QR dan lampiran PDF yang lengkap dengan butiran tiket serta-merta.
Bagaimana saya boleh menebus tiket saya? Anda hanya perlu menunjukan kod QR menggunakan telefon bimbit anda di kaunter/staf/ operator. Tempat tarikan akan mengimbas kod QR anda untuk mendapatkan maklumat tiket.
Adakah tiket ini boleh ditunaikan kembali jika saya tidak mengunjungi tarikan tersebut? Sila baca Polisi pembatalan and Terma & Syarat untuk maklumat lanjut.
Troli Membeli-belah