5 %
OFF
5 %
OFF

LAWATAN SEPANJANG HARI DI BALIK PULAU & BATU FERRINGHI

diberi nilai 0 daripada 5
0 Ulasan

RM268

Tiket Tarikh Tetap
Dipaparkan pada telefon bimbit
Penghantaran dari/ke hotel
Makanan & Minuman
Sepanjang hari
Kumpulkan Mata
Standard
RM268

Di Pulau Pulau Pinang sahaja

Jumlah: RM0

Apa yang menarik

  • Terokai tempat tumpuan di Balik Pulau & Batu Ferringhi
  • Melawat Pantai Pasir Panjang, Audi Dream Farm, Teluk Bahang Dam dan Pusat Kraftangan Batik
  • Pemandu Arah berbahasa Mandarin atau berbahasa Inggeris
  • Pemindahan hotel pergi balik dalam Pulau Pinang
  • Pengangkutan sepanjang tempoh lawatan
  • Semua tiket masuk seperti dalam jadual perjalanan
  • Makan Tengah Hari

Maklumat penting

  • Harga tiket standard dikenakan untuk orang dewasa dan kanak-kanak
  • PERCUMA untuk kanak-kanak di bawah umur tiga (3) tahun
  • Masa lawatan dianggarkan selama 8 jam
  • Semua makanan yang disediakan tidak halal. Sila maklumkan kepada operator jika terdapat permintaan diet khas seperti halal atau vegetarian.

LAWATAN SEPANJANG HARI DI BALIK PULAU & BATU FERRINGHI

Terokai salah satu destinasi popular di Pulau Pinang dan ambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dijumpai di Balik Pulau dan Batu Feringghi. Lihat Pulau Pinang dari perspektif yang berbeza dan pada masa yang sama dekati masyarakat tempatan. Keluar dari bandar yang sibuk dan hirup udara segar di Audi Dream Farm sebelum anda mengagumi hasil kraftangan yang dihasilkan di Kraftangan Batik Teluk Bahang.

Sekiranya terdapat satu tempat di Malaysia yang selalu menjadi buah mulut orang, semestinya itu ialah Pulau Pinang. Tidak jauh dari pantai barat Malaysia, pulau ini menawarkan semua benda, dari segi sejarah, budaya dan juga makanan. Jadi mengapa tidak anda ambil ruang ini untuk mengambil nafas dan luangkan masa sehari dengan Lawatan di Balik Pulau dan Batu Feringghi? Lawatan ini termasuklah:

Pantai Pasir Panjang - Balik Pulau
Pantai tersembunyi yang tenang dan jauh dari tumpuan ramai ini merupakan destinasi percutian yang sempurna untuk anda menikmati angin laut dan pasir yang terbentang luas. Pejamkan mata anda dan dengar deru ombak memecah pantai dan biarkan kerisauan anda dibawa pergi. Atau anda lebih selesa untuk mengambil gambar di pantai sama untuk dikongsi di sosial media atau simpanan peribadi sebagai kenangan.

Audi Dream Farm – Balik Pulau
Terletak di Sungai Rusa, Balik Pulau, terletaknya Audi Dream Farm. Ladang indah ini merupakan jalan keluar untuk lari dari bandar yang sibuk. Dari haiwan ladang seperti ayam, burung, itik, angsa, ayam belanda, kambing, kuda, ikan dan juga rusa, tempat ini akan membawa anda seperti dalam ladang Old McDonald. Ianya bukan sekadar anda mendekati haiwan ladang ini, namun anda juga berpeluang untuk belajar tentang pengurusan ladang dan menjaga haiwan- haiwan ini. Jangan lepaskan peluang untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan ini dan lihat bagaimana mereka ini akan mengerumuni anda.

Makan Tengah Hari
Nikmati makan tengah hari yang disediakan khas buat anda, iaitu sup ayam panas bersama sayuran hijau segar yang dinikmati bersama nasi. Menjadikannya, satu penamat lawatan yang sempurna di Audi Dream Farm.

Empangan Teluk Bahang - Batu Ferringhi
Salah satu hasil kejuruteraan yang mengagumkan di pulau ini, Empangan Teluk Bahang dibina untuk menyediakan bekalan air alternatif. Airnya yang biru jernih berkilau sewaktu disimbah cahaya matahari, dan kehijauan yang mengelilingi kawasan tersebut memberikan pemandangan yang memukau untuk diingati.

Kraftangan Batik Teluk Bahang - Batu Ferringhi
Ditubuhkan pada tahun 1973, ini adalah kilang batik pertama yang terdapat di Pulau Pinang. Sudah lama bertapak, tempat istimewa ini masih lagi menghasilkan produk batik dan juga menyediakan kelas untuk mendidik masyarakat tentang seni penghasilan batik. Ambil kesempatan ini untuk ambil berus di mana anda dapat menerapkan warna pada motif batik pada kanvas putih. Setelah lukisan selesai, undur selangkah dan kagumi karya yang telah anda canting. Siapa tahu, anda mungkin mempunyai bakat tersembunyi.

Jadual Perjalanan

7: 30 am - Jemput dari hotel
8: 30 am - Tiba di pantai Pasir Panjang
9: 00 am - Melawat kawasan kraftangan tempatan
10: 30 am - Melawat Audi Dream Farm
12: 00 malam - Nikmati hidangan makanan tengah hari di Farm
1: 30 malam - Melawat Empangan Teluk Bahang
2: 00 malam - Melawat pusat Kraftangan Batik Teluk Bahang
3: 00 malam - Kembali ke hotel

Lokasi

Balik Pulau & Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Waktu Lawatan: 7:00 pagi - 3:00 petang | Harian
  • Terokai tempat tumpuan di Balik Pulau & Batu Ferringhi
  • Melawat Pantai Pasir Panjang, Audi Dream Farm, Teluk Bahang Dam dan Pusat Kraftangan Batik
  • Pemandu Arah berbahasa Mandarin atau berbahasa Inggeris
  • Pemindahan hotel pergi balik dalam Pulau Pinang
  • Pengangkutan sepanjang tempoh lawatan
  • Semua tiket masuk seperti dalam jadual perjalanan
  • Makan Tengah Hari

Sekiranya terdapat satu tempat di Malaysia yang selalu menjadi buah mulut orang, semestinya itu ialah Pulau Pinang. Tidak jauh dari pantai barat Malaysia, pulau ini menawarkan semua benda, dari segi sejarah, budaya dan juga makanan. Jadi mengapa tidak anda ambil ruang ini untuk mengambil nafas dan luangkan masa sehari dengan Lawatan di Balik Pulau dan Batu Feringghi? Lawatan ini termasuklah:

Pantai Pasir Panjang - Balik Pulau
Pantai tersembunyi yang tenang dan jauh dari tumpuan ramai ini merupakan destinasi percutian yang sempurna untuk anda menikmati angin laut dan pasir yang terbentang luas. Pejamkan mata anda dan dengar deru ombak memecah pantai dan biarkan kerisauan anda dibawa pergi. Atau anda lebih selesa untuk mengambil gambar di pantai sama untuk dikongsi di sosial media atau simpanan peribadi sebagai kenangan.

Audi Dream Farm – Balik Pulau
Terletak di Sungai Rusa, Balik Pulau, terletaknya Audi Dream Farm. Ladang indah ini merupakan jalan keluar untuk lari dari bandar yang sibuk. Dari haiwan ladang seperti ayam, burung, itik, angsa, ayam belanda, kambing, kuda, ikan dan juga rusa, tempat ini akan membawa anda seperti dalam ladang Old McDonald. Ianya bukan sekadar anda mendekati haiwan ladang ini, namun anda juga berpeluang untuk belajar tentang pengurusan ladang dan menjaga haiwan- haiwan ini. Jangan lepaskan peluang untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan ini dan lihat bagaimana mereka ini akan mengerumuni anda.

Makan Tengah Hari
Nikmati makan tengah hari yang disediakan khas buat anda, iaitu sup ayam panas bersama sayuran hijau segar yang dinikmati bersama nasi. Menjadikannya, satu penamat lawatan yang sempurna di Audi Dream Farm.

Empangan Teluk Bahang - Batu Ferringhi
Salah satu hasil kejuruteraan yang mengagumkan di pulau ini, Empangan Teluk Bahang dibina untuk menyediakan bekalan air alternatif. Airnya yang biru jernih berkilau sewaktu disimbah cahaya matahari, dan kehijauan yang mengelilingi kawasan tersebut memberikan pemandangan yang memukau untuk diingati.

Kraftangan Batik Teluk Bahang - Batu Ferringhi
Ditubuhkan pada tahun 1973, ini adalah kilang batik pertama yang terdapat di Pulau Pinang. Sudah lama bertapak, tempat istimewa ini masih lagi menghasilkan produk batik dan juga menyediakan kelas untuk mendidik masyarakat tentang seni penghasilan batik. Ambil kesempatan ini untuk ambil berus di mana anda dapat menerapkan warna pada motif batik pada kanvas putih. Setelah lukisan selesai, undur selangkah dan kagumi karya yang telah anda canting. Siapa tahu, anda mungkin mempunyai bakat tersembunyi.

Jadual Perjalanan

7: 30 am - Jemput dari hotel
8: 30 am - Tiba di pantai Pasir Panjang
9: 00 am - Melawat kawasan kraftangan tempatan
10: 30 am - Melawat Audi Dream Farm
12: 00 malam - Nikmati hidangan makanan tengah hari di Farm
1: 30 malam - Melawat Empangan Teluk Bahang
2: 00 malam - Melawat pusat Kraftangan Batik Teluk Bahang
3: 00 malam - Kembali ke hotel

  • Harga tiket standard dikenakan untuk orang dewasa dan kanak-kanak
  • PERCUMA untuk kanak-kanak di bawah umur tiga (3) tahun
  • Masa lawatan dianggarkan selama 8 jam
  • Semua makanan yang disediakan tidak halal. Sila maklumkan kepada operator jika terdapat permintaan diet khas seperti halal atau vegetarian.
  • Tiket ini tidak boleh ditunaikan jika tidak ditebus pada tarikh yang dipilih.
  • Jika anda ingin menukar tarikh lawatan anda, sila hubungi Pegawai Khidmat Sokongan kami sekurang-kurangnya dua (2) hari sebelum tarikh pilihan anda.
  • Sila ambil perhatian bahawa penjadualan semula dilakukan mengikut budi bicara dan terdapat kemungkinan tidak dapat dilakukan penjadualan.
  • Semua tiket hanya sah pada tarikh yang dipilih
  • Anda tidak perlu mencetak tiket. Anda hanya perlu menunjukan kod QR menggunakan telefon bimbit anda.
  • Sila ke kaunter tiket bagi mengimbas kod QR dan menebus tiket anda.
  • Mykad dan Mykid perlu dikemukakan di kaunter tiket bagi pembelian tiket jenis pemegang Mykad.
Bagaimana saya akan menerima tiket? Setelah selesai pembayaran, anda akan menerima emel berserta kod QR dan lampiran PDF yang lengkap dengan butiran tiket serta-merta.
Bagaimana saya boleh menebus tiket saya? Anda hanya perlu menunjukan kod QR menggunakan telefon bimbit anda di kaunter/staf/ operator. Tempat tarikan akan mengimbas kod QR anda untuk mendapatkan maklumat tiket.
Adakah tiket ini boleh ditunaikan kembali jika saya tidak mengunjungi tarikan tersebut? Sila baca Polisi pembatalan and Terma & Syarat untuk maklumat lanjut.

Review

Tiada ulasan lagi.

Troli Membeli-belah