PENGANGKUTAN SWASTA KE TAMAN & TAMAN KL

diberi nilai 0 daripada 5
0 Ulasan

Aktiviti Berkumpulan
Tiada Pembatalan
Tiket Tarikh Tetap
Dipaparkan pada telefon bimbit
Penghantaran dari/ke hotel
Lebih 4 jam
Kumpulkan Mata

Produk ini pada masa ini tiada stok dan tidak tersedia.

Dalam Kuala Lumpur sahaja

Jumlah: RM0

Apa yang menarik

  • Pindahan Hotel dalam kawasan Kuala Lumpur sahaja
  • Kenderaan Persendirian sepanjang lawatan.
  • Pemandu arah berbahasa Inggeris
  • Tiket masuk ke Taman Rama-rama Kuala Lumpur, Taman Orkid & Taman Burung TIDAK termasuk dalam pakej ini
  • Anda boleh membeli tiket masuk secara berasingan di kaunter

Maklumat penting

  • Lawatan dijalankan dalam bahasa Inggeris
  • Tiket masuk TIDAK termasuk dalam pakej ini
  • Kereta = 1 - 3 orang, MPV = 4 - 6 orang, Van = 7 - 10 orang
  • Perubahan masa dan perjalanan tertakluk kepada cuaca, keadaan lalu lintas atau situasi yang tidak diduga
  • Pakej tidak termasuk makanan, minuman, tiket masuk dan persembahan yang tidak disenaraikan dalam jadual perjalanan

PENGANGKUTAN SWASTA KE TAMAN & TAMAN KL

Walaupun Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar yang moden dan membangun, bandar ini juga memberi penekanan terhadap pembinaan taman dan mahu penduduknya meneroka dan menghayati alam semula jadi. Taman KL (Lawatan Persendirian) ini menyediakan lokasi ideal untuk anda tenangkan diri dan berehat dengan alam semula jadi.

Dalam KL Garden & Park Tour ini, anda akan mengunjungi:

Taman Rama-rama Kuala Lumpur
Taman Rama-rama Kuala Lumpur adalah syurga rahsia di mana kupu-kupu terbang menari dalam kawanan dikelilingi dengan bunga-bunga. Berjalan di taman landskap seluas 80,000 kaki persegi bersama lebih daripada 6,000 kupu-kupu, tumbuh-tumbuhan eksotik, yang akan membuat anda berasa takjub. Kupu-kupu yang berterbangan dan berwarna-warni ini tidak asing dengan manusia jadi jangan terkejut jika mereka ini hinggap pada anda (dan pakaian, tangan, segala-galanya!) Dan oh, bagaimana mereka hinggap dengan kuat!

Di sepanjang laluan, anda akan menemui tempat memberi makan di mana kawanan kupu-kupu ini berkumpul... atau kenyataannya, kupu-kupu ini hanya duduk hinggap di tempat perkumpulan mereka ketika mereka menikmati makanan yang diberi. Anda akan menjumpai banyak spesies kupu-kupu berbeza di sini menikmati buah-buahan dan lain-lain di sepanjang laluan taman yang hijau dan bunga-bunga hidup. Kadang- kadang anda mungkin tidak akan menyedari kupu-kupu tersebut kerana ianya boleh menyamar seperti patung di daun-daun dan bunga. Atau mungkin mereka hanya mengayakan kecantikan mereka untuk anda. Walaupun apa yang jelas adalah, kupu-kupu ini menunjukkan corak sayapnya yang cantik.

Meskipun tarikan utamanya ialah kupu-kupu, anda juga dapat menikmati bunyi air terjun yang mengalir. Kolam koi juga ada di dalam taman ini dan anda dapat melihat ikan koi Jepun, kura-kura dan serangga lain. Seperti kupu-kupu, ikan koi juga, sangat aktif apabila mereka melihat manusia menghampiri, dan akan berenang dekat dengan anda dan membuka mulut mereka. Sekarang jika ikan boleh bercakap seperti manusia, mereka mungkin berkata "Beri saya makan, beri saya makan!" Juga, lihat bos kolam tersebut iaitu Ikan Koi Kuning yang besar!

Terdapat Galeri Serangga yang mempamerkan proses metamorfosi. Pameran kupu-kupu dan serangga lain juga dapat dilihat di kafe dan kedai cenderamata.

Taman Orkid Kuala Lumpur
Taman Orkid Kuala Lumpur diperkenalkan sebagai satu tempat utama untuk mempamerkan kepelbagaian jenis orkid yang terdapat di Malaysia, serta menyediakan pusat penanaman, pemuliharaan, penyelidikan dan kajian orkid. Terletak di kehijauan taman yang indah di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur, ia memberikan paparan visual jenis keluarga orkid.

Meskipun keluasannya hanya sebesar satu hektar sahaja, Taman Orkid ini masih menempatkan lebih daripada 6,000 orkid dari lebih 800 spesis yang berlainan. Taman Orked ini menempatkan jenis orked yang biasa dan juga spesis orkid yang jarang ditemui yang akan membuat anda jatuh cinta dengan kecantikan warna, dan bentuknya. Nikmati ketenangan dengan deru angin menerpa sambil anda melihat keindahan alam semula jadi ciptaan tuhan ini.

Sekiranya anda perlu berehat seketika setelah melihat bunga-bunga eksotik, anda akan menjumpai bangku. Duduk sebentar, sambil anda mendengar bunyi air pancut, dan tenggelam dalam ketenangan saat anda menutup mata dengan dikelilingi oleh bunga orkid.

Taman Burung Kuala Lumpur
Dikenali sebagai “walk-in free-flight aviary” terbesar di dunia, Taman Burung KL ini mempunyai keluasan sebesar 20.9 ekar di kawasan Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur. Dibahagikan kepada empat zon, taman ini merupakan rumah kepada lebih daripada 3,000 burung dari 200 spesies.

Empat zon ini terdiri daripada:
1 Zon
Free-Flight Walk-In Aviary
Alami suasana hutan hujan tropika yang rimbun apabila anda melangkah masuk ke dalam aviari ini. Kagumi kecantikan Indian Blue Peacock yang berwarna-warni. Lihat juga Burung Mabruk atau Crowned Pigeon yang merupakan spesis merpati terbesar di dunia. Kemudian, lihat bagaimana Burung Botak mengumpul ranting untuk membuat sarang mereka dan tidak ketinggalan, burung merpati, bangau dan burung upih yang sibuk menikmati makanan di tempat memberi makan.

Love Aviary
Rasai pengalaman disambut oleh burung bayan yang nakal. Lihat juga burung unggas yang gemar meluangkan masa antara satu sama lain sepanjang hari. Selain itu, keluarkan kamera anda dan ambil gambar burung kakak tua, Budgerigars yang berwarna-warni, Sun Conures dan Cockatiel.

Brahminy Land
Alami rasa takjub apabila anda melihat Burung Helang Merah di Brahminy Land, yang merupakan salah satu spesis pemangsa yang terkenal di Malaysia. Burung yang menakjubkan ini mengeluarkan bunyi yang kuat terutama pada waktu petang.

Flamingo Pond
Satu pemandangan yang tidak boleh dilepaskan. Sempatkan diri juga untuk melihat burung Flamingo besar yang cantik berjemur di kolam yang turut dihiasi dengan air terjun buatan manusia. Anda akan mengagumi kemampuan mereka untuk berdiri di atas satu kaki. Selain itu, anda juga boleh perhatikan burung pelikan yang hebat, satu lagi spesies burung yang menarik dan lain dari yang lain dengan paruhnya yang besar dan gaya jalan yang pelik.

2 Zon
Free-Flight Walk-In Aviary
Kawasan taman ini dihubungkan ke Zon 1 melalui jambatan dan merupakan rumah kepada beberapa burung yang sukar ditemui seperti burung merpati Nicobar, Baya weaver dan Scarlet ibis. Kagumi juga burung terbesar di dunia; burung unta yang mempunyai mata yang lebih besar daripada otak mereka. Kawasan ini juga merupakan tempat kegemaran bagi beberapa Peafowls yang matang.

3 Zon
Taman Hornbill
Zon ini memberi gambaran hutan hujan tropika sebenar di Malaysia, dengan pokok-pokok hijau yang menjulang tinggi, dan ada diantara pokok-pokok tersebut yang ketinggiannya seperti bangunan 10 tingkat. Di rumah kepada Burung Kenyalang, salah satu spesies burung enggang terbesar di dunia, burung ini memberi perbezaan yang indah pada persekitaran dan jelas satu pemandangan luar biasa untuk dinikmati. Hornbill Park juga di mana anda boleh menemui Kedai Cenderamata Burung Kenyalang, dan Restoran dan Kafe Hornbill tiga tingkat, dengan beranda terbuka menghadap ke taman; satu cara yang sempurna untuk menikmati hidangan anda.

Tugu Negara
Apabila tiba di tempat ini, anda tidak akan melihat tugu gangsa ini serta- merta. Tetapi anda mesti berjalan terlebih dahulu di laluan tannga indah di atas bukit, dan selepas itu anda akan berjalan melalui bahagian pertama monumen tersebut. Hanya selepas itu anda mendapati diri anda dihadapan sekumpulan tentera yang gugur. Rakyat Malaysia tahu dan berbangga dengan Tugu Negara, sebuah tugu mengagumkan di Kuala Lumpur bagi memperingati mereka yang gugur dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan.

Satu perkara yang menarik tentang tugu ini ialah wajah askar yang memegang Jalur Gemilang sebenarnya dibuat berdasarkan Tunku Abdul Rahman sewaktu muda. Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Ketua Angkatan Bersenjata secara tradisinya sentiasa melawat tempat ini pada Hari Pahlawan setiap 31 Julai untuk meletakkan kalungan bunga di tugu peringatan itu. Ia pernah mengalami kerosakan teruk pada tahun 1975 dan mengambil masa 2 tahun untuk pulih. Sejak itu, pagar telah didirikan pada waktu malam untuk menghalang sebarang percubaan yang merosakkannya. Setiap hari pada waktu subuh, seorang askar menaikkan bendera kebangsaan dan menurunkannya pada waktu senja.

Dalam lawatan ini ke Tugu Negara, luangkan sedikit masa untuk memperingati jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh para parajurit ini untuk keamanan yang dinikmati oleh rakyat Malaysia hari ini.

Masjid Negara
Berdiri di pinggir Tasik Putrajaya, kubah berwarna pink dan kuning air di Masjid Putra ini memberi rasa tenang dan gah dan jauh dari kesibukan di Kuala Lumpur. Strukturnya yang besar membangkitkan suatu ketenangan, yang dapat dirasakan ketika berdiri di dalam ruangan ini.

Melangkah masuk ke dalam Masjid Negara dan rasai ketenangan dan kagumi keindahan bahagian dalam kubah di antara waktu sembahyang. Kemudian, lawati kawasan sekitar masjid dan kagumi reka bentuk moden yang unik yang menggunakan ekspresi seni kotemparari Islam tradisional, kaligrafi dan hiasan. Reka bentuk seni bina yang terkenal itu terbuka dan menarik - anda mempunyai banyak ruang untuk melihat kawasan sekitar. Selain itu, untuk makluman anda, masjid ini memberi penghormatan kepada rumah Nabi Muhammad dari abad ke-7.

Lokasi

Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur
Waktu Lawatan: 9:00 petang - 2:00 petang | Setiap Hari

  • Tiket ini tidak boleh ditunaikan jika tidak ditebus pada tarikh yang dipilih.
  • Jika anda ingin menukar tarikh lawatan anda, sila hubungi Pegawai Khidmat Sokongan kami sekurang-kurangnya dua (2) hari sebelum tarikh pilihan anda.
  • Sila ambil perhatian bahawa penjadualan semula dilakukan mengikut budi bicara dan terdapat kemungkinan tidak dapat dilakukan penjadualan.
  • Semua tiket hanya sah pada tarikh yang dipilih
  • Anda tidak perlu mencetak tiket. Anda hanya perlu menunjukan kod QR menggunakan telefon bimbit anda.
  • Sila ke kaunter tiket bagi mengimbas kod QR dan menebus tiket anda.
  • Mykad dan Mykid perlu dikemukakan di kaunter tiket bagi pembelian tiket jenis pemegang Mykad.
Bagaimana saya akan menerima tiket? Setelah selesai pembayaran, anda akan menerima emel berserta kod QR dan lampiran PDF yang lengkap dengan butiran tiket serta-merta.
Bagaimana saya boleh menebus tiket saya? Anda hanya perlu menunjukan kod QR menggunakan telefon bimbit anda di kaunter/staf/ operator. Tempat tarikan akan mengimbas kod QR anda untuk mendapatkan maklumat tiket.
Adakah tiket ini boleh ditunaikan kembali jika saya tidak mengunjungi tarikan tersebut? Sila baca Polisi pembatalan and Terma & Syarat untuk maklumat lanjut.

Review

Tiada ulasan lagi.

Troli Membeli-belah