Tempat Dating Terbaik Yang Bukan Shopping Mall

Tak tahu mana nak pegi dating dengan boyfriend atau girlfriend anda? Selalu berkepit tapi kat tempat yang sama je? Selalu kat shopping mall je, kalau bukan Midvalley, korang pegi Sunway pula lepas tu lepak satu hari dalam mall.

Ke nak plan anniversary dengan si dia? Bila fikir-fikir, anda pasti serabut kan nak pegi mana, nak buat apa.

Taman Botani

Ramai yang tak pernah pergi Taman Botani kat Malaysia kan? Best tau pegi taman botani, dapat ambil udara bersih daripada bandar lepas tu boleh menenangkan fikiran. Sambil tu boleh juga beriadah bersama-sama.

Contohnya, ada taman botani yang akan membenarkan untuk menyewa basikal untuk anda. Kalau tak pun anda boleh membawa basikal sendiri ataupun skate. Ada juga taman botani yang ada haiwan yang anda boleh lihat dan bermain bersama. Tak perlu nak pegi cafe kucing dah lepas ni, pegi taman botani je. Lagi bagus kan?

Lepas tu dapat juga bajet duit untuk masa akan datang. Sambil kat taman botani tu, anda juga boleh lah berjogging bersama, mesti selalu dengar saya nak bersenam, nak kurang kan berat badan. Ni lah masa dia! Berat badan dari rumah terbuka pun boleh dibakar!

Bukit Gasing

Kalau tak suka Taman Botani ataupun anda ingin sesuatu yang lebih mencabar, anda boleh cuba mendaki Bukit Gasing!

Selalu yang popular Broga Hill kan? Kali ni cuba la Bukit Gasing, dekat dengan universiti seperti Universiti Malaya. Kat Bukit Gasing ni boleh la betul-betul detox stress dan rileks. Jangan pergi berdua je! Bawalah kawan-kawan dan buat group date!

Kalau ramai-ramai baru tak terasa penat mendaki, kalau ramai-ramai pun bagus sebab takdelah yang buat lain-lain kan? Tapi nak pesan, kalau nak pegi mendaki tu pastikan sentiasa bersama-sama dan tidak terpisah tau! Bahaya jika terpisah.

Sentul West

Siapa yang tau tempat ni? Kalau gf korang suka ambil gambar ataupun ada bf yang hipster, ni tempat yang sesuai untuk korang berdua!

Ada banyak bangunan yang sesuai untuk jadi background korang lepas tu boleh explore banyak tempat yang berbeza. Ada taman, ada juga bangunan lama.

Bawa lah pasangan korang pegi sini, tak perlu nak pegi shopping mall lepas tu lepak kat kedai makan, tengok wayang atau pusing-pusing shopping mall.

Muzium Seni

Muzium ni macam tak popular je kat Malaysia kan? Muzium seni best tau kalau korang berdua minat dengan seni! Kalau nak kata kat Malaysia takde muzium seni yang baik, ni tipu la.

Korang mesti tak buat research ni. Kalau ada date macam ni baru lah tak bosan sebab boleh tengok dan pelajari benda baharu. Lepas tu korang pun akan ada memori berdua yang unik! Orang lain mesti jealous kalau nampak korang post gambar kat muzium seni dan akan komen romantiknye!

Ok tak janji lah ada yang akan komen romantik tu, tapi bagi saya best la jika dapat pegi muzium seni dengan si dia sebab saya ni peminat seni!

Universiti

Ni tempat yang paling best untuk dating! Bukan setakat best tapi jimat duit juga! Sebab jumpa kat universiti lepas tu stay kat universiti je la, tak perlu nak drive sana sini atau naik public transport pegi tempat lain.

Kalau nak dating kat cafe di universiti pun pasti lebih murah daripada cafe di luar kan? Yang lagi best? Dating kat kelas! Ada tak yang buat macam ni? Ha, mesti ada kan yang pernah buat macam ni.

Tapi ni memang betul kan? Tempat dating yang memang akan penuh couple adalah kat universiti kan!

Tidak tahu hendak kemana untuk dating? Lihat Tripcarte untuk idea dan inspirasi sekarang.