Aktiviti terbaru di Langkawi (Ogos 2020)

Kalau selama ini anda ke Langkawi dan hanya berkunjung ke Kereta Kabel dan juga Island Hopping, apa kata kali ini anda cuba aktiviti-aktiviti ini yang akan menjadikan lawatan anda ke Langkawi lebih bermakna?

BOAT RIDE AT PARADISE 101 LANGKAWI

Satu pelayaran yang menjanjikan satu ketenangan dan keseronokan. Belayar dan nikmati pemandangan alam yang menakjubkan  dikelilingi kepulauan Andaman. Rakam kenangan indah anda sewaktu anda belayar di sini.

AQUA PARK AT PARADISE 101 LANGKAWI

Kalau anda pernah melihat Wipeout suatu ketika dahulu, pastinya anda akan teringin untuk mencuba Aqua Park ini. Berkonsepkan taman air di atas laut, anda boleh bermain di sini sepuas hati anda. Alami keseronokan yang tidak terhingga apabila anda

ZIPLINE AT PARADISE 101 LANGKAWI

Lihat pemandangan kepulauan Andaman dari sudut yang berbeza sewaktu anda meluncur turun dengan zipline. Rasai deru angin menerpa anda memberikan anda satu perasaan teruja dan seronok.

KAYAKING AT PARADISE 101 LANGKAWI

Anda minat berkayak? Apa kata anda berkayak di sekitar kawasan kepulauan Andaman. Teroka sendiri keindahan pulau Langkawi yang belum anda lihat sebelum ini bersama kawan atau keluarga anda.

Selain itu, jika anda ingin melihat dan mencuba banyak lagi aktiviti menarik yang terdapat di Langkawi, klik di sini.