Tempat menarik untuk dilawati hujung minggu ini (Ogos 2020)

Memandangkan cuti panjang minggu ini, apa kata anda bawa keluarga untuk lawati tempat-tempat menarik ini. Sambil berseronok, anda boleh juga merapatkan hubungan bersama insan tersayang.

Gaharu Tea Valley

Pernah tak anda cuba teh gaharu? Jika anda belum pernah mencubanya, apa kata anda melawat Gaharu Tea Valley yang terletak di Gopeng, Perak. Sambil anda menghirup teh gaharu, ketahui juga mengenai kebaikan dan kegunaan gaharu sewaktu anda di sini.

Museum Of Illusions

Terletak di tingkat 1, Hotel Ansa, Bukit Bintang, anda pastinya akan terpukau dan takjub dengan ilusi-ilusi yang terdapat di muzium ini. Jangan lupa juga untuk dapatkan sudut gambar yang terbaik untuk menjadikan gambar anda kelihatan lebih menarik.

Teddyville Museum

Buat pencinta teddy bear, Teddyville Museum merupakan lokasi yang perlu dikunjungi sekiranya anda tiba di Penang. Anda dapat melihat koleksi Teddy bear dari zaman 1900 sehinggalah kini, dalam pelbagai saiz dan aksi. Selain itu, anda perlu dapatkan cenderamata Teddyville Museum untuk disimpan sebagai kenangan.

Superpark Malaysia

Berlompat, memanjat, berlumba dan banyak lagi aktiviti yang anda boleh lakukan sewaktu anda berada di Superpark Malaysia. Menawarkan pelbagai aktiviti untuk dilakukan sama ada seorang diri atau berkumpulan, anda pastinya akan mengalami masa yang menyeronokkan sewaktu di sini.

Superpark-KL

G2G Animal Garden

Berjumpa dengan haiwan-haiwan seperti rusa, kambing, arnab dan burung dengan lebih dekat. Sesuai untuk mereka yang mempunyai anak kecil terutamanya bagi mengenalkan mereka dengan haiwan-haiwan ini.

KidZania Kuala Lumpur

Bawa anak-anak anda yang berumur dari 4 – 17 tahun untuk mengalami pengalaman karier sewaktu mereka di KidZania KL ini. Dari karier seperti juruterbang, bomba, pengacara tv, semuanya akan dialami oleh mereka.

Sunway Lagoon

Bersuka ria, bermandi-manda sewaktu anda berkunjung ke Sunway Lagoon. Dengan pelbagai pilihan terbaik di sini, anda pastinya akan mengalami keseronokan berganda sewaktu anda bersama keluarga dan rakan-rakan anda.

Kilim Geoforest Mangrove

Mulakan penerokaan Langkawi anda dengan Kilim Geoforest Mangrove. Anda akan dibawa melawat tempat dan pulau-pulau seperti, Gua Kelawar, Kepulauan Andaman, Gua Buaya dan banyak lagi tempat menarik. Anda pastinya akan melihat sudut lain keindahan pemandangan Langkawi.

Untuk banyak lagi tempat dan aktiviti menarik yang anda boleh lawati, layari laman Tripcarte.asia yang menawarkan diskaun-diskaun menarik.