Tempat trekking terbaru di Shah Alam: Shah Alam Backyard Trail

Ingin short escape dari bandar yang sibuk tapi pada masa yang sama tidak mahu pergi terlalu jauh? Kini terdapat laluan trekking terbaru yang tersorok yang akan membuat anda jatuh cinta dengan keindahannya.

Mula dibuka kepada orang ramai pada Jun 15, anda pastinya terkejut apabila mengetahui tempat seperti ini dekat dengan kawasan bandar.

Kredit: @asmamin

Laluan ini menghubungkan Bukit Bandaraya sehingga ke Setia Alam & Bukit Sapu Tangan. Sewaktu anda melalui anda akan menemui tasik cermin di bawah puncak Bukit Sapu Tangan di mana anda boleh berenang di dalamnya.

Jangan lupa untuk merakam momen-momen pengalaman anda melalui trekking ini.  

Kredit: @asmamin

Jika anda mencari tempat-tempat menarik untuk dilawati, klik di sini.