Tarikan terbaru di Tripcarte (Sabah)

Anda mencari aktiviti atau tarikan terbaru yang boleh anda lakukan di Sabah selain dari melawat pulau atau scuba diving? Di sini Tripcarte telah menambah beberapa aktiviti baru di Sabah yang anda boleh sertai untuk menjadikan lawatan anda ke Sabah ini lebih bermakna dan menyeronokkan

Kiulu Quad Biking

Lihat dan alami pengalaman dalam persekitaran alam semula jadi sewaktu anda bersiar-siar dengan Quad Bike. Nikmati pemandangan seperti sawah padi, air terjun dan banyak lagi.

Sandakan Sepilok Wildlife

Dekati orang utan dengan lebih dekat sewaktu anda melawat Sandakan Sepilok Wildlife. Ketahui dan pelajari tentang habitat orang utan dan usaha yang dilakukan bagi memastikan haiwan ini tidak pupus.

Pasar Malam Kota Kinabalu

Tidak lengkap kalau anda berkunjung ke Sabah terutama Kota Kinabalu jika anda tidak turun melawat pasar malamnya. Dikenali sebagai syurga makanan, di sini anda boleh menjumpai pelbagai jenis makanan dari makanan tempatan, makanan tradisional Sabah, Indonesia, Brunei yang akan membuat anda kecur liur.

Kota Kinabalu Highlight

Ingin melawat tempat-tempat terkenal di Kota Kinabaluu? Anda perlu sertai lawatan Kota Kinabalu Highlight yang akan membawa anda ke tempat-tempat seperti Pulau Gaya, Masjid Kota Kinabalu, Tokong Puh Toh Tze dan banyak lagi.

Untuk banyak lagi tempat menarik dan aktiviti di Sabah untuk anda sertai, klik di sini.