Cameron Valley Tea House
Cameron Highland sememangnya terkenal dengan ladang teh. Jadi buat anda yang berkunjung ke Cameron Highland, berkunjung ke Cameron Valley House Tea merupakan satu kemestian yang perlu dilakukan. Di sini anda boleh bersantai minum tea, menikmati kek dan scones.

The Sheep Sanctuary
Salah satu tarikan terbaru di Cameron Highland, buat anda yang sukakan haiwan comel ini, jangan lepaskan peluang untuk ke Sheep Sanctuary ini. Kambing biri-biri baka Merino ini didatangkan khas dari Australia. Terletak berdekatan dengan Kea Farm Brinchang, tiket masuk ke tarikan ini hanyalah RM6 bagi 12 tahun keatas dan RM4 12 tahun kebawah.

Time Tunnel
Time Tunnel ini merupakan muzium tempatan yang dibuka pada tahun 2007 oleh See Kok Shan. Menyimpan kira-kira 1,000 memorabilia dari tin susu lama sehinggalah barang dari zaman era Merdeka. Anda pastinya akan dibawa mengimbau ke zaman lampau.

Lavender Garden
Antara tarikan terbaru di Cameron Highland. Buat penggemar bunga, jangan lepaskan peluang untuk melihat Bunga Lavender ini dan pada masa yang sama menikmati ais krim perisa lavender.

ATV Safari
Siapa kata pergi Cameron Highland hanya untuk bersantai? Di sini juga anda boleh melakukan aktiviti lasak seperti menyertai Safari ATV ataupun Safari 4X4. Lihat alam semula jadi dengan lebih dekat apabila anda menyertai aktiviti-aktiviti ini.

Kea Farm Market
Ingin mencari buah tangan dari Cameron Highland untuk dibawa balik? Terletak hanya sekitar 2-3 km dari Brinchang dan Tringkap, disini anda boleh melihat pelbagai pilihan sayuran dan buah-buahan segar seperti strawberi, oren, kobis, produk jem, teh dan pelbagai jenis barangan yang diniagakan.

Avant Chocolate
Terkenal dengan menunya iaitu coklat dan juga aiskrim. Anda pastinya akan kecur liur apabila anda melihat pelbagai variasi pencuci mulut yang terdapat di Avant Chocolate. Selain itu, sambil anda menikmati dessert yang lazat, anda juga boleh melihat kebun sayur dan strawberi kecil untuk anda petik.

200 Seeds Café
200 Seeds Café yang juga dikenali sebagai Abang Strawberry yang menjual nasi lemak sambal strawberry. Pelik bukan? Jadi jangan ketinggalan untuk merasai nasi lemak yang unik ini.

Healthy Strawberry Farm
Merupakan ladang strawberry terkenal untuk dikunjungi di Cameron Highland ini. Anda tidak boleh lepaskan peluang untuk melawat ladang ini yang memberi anda peluang untuk memetik buah strawberri anda sendiri.

Cactus Point
Kalau anda rasa hanya ladang teh dan strawberri sahaja terkenal di Malaysia, ada satu lagi tumbuhan yang popular iaitu kaktus. Tumbuhan yang senang dijaga ini, boleh didapatkan sewaktu anda berkunjung ke Cactus Point.

