Inilah waktu untuk Travel Lokal – lah

Kredit: ZULAZHAR SHEBLEE / THE STAR

Berita baik untuk semua terutama setelah kerajaan mengumumkan pelancongan domestic dan rentas negeri dibenarkan  di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang bermula dari 10 Jun sehingga 31 Ogos.

Pastinya ramai yang menarik nafas lega terutama setelah hampir 2 bulan hanya duduk di rumah kini sudah boleh melawat keluarga dan pada masa yang sama melawat dan bercuti di tempat-tempat menarik. Memandangkan sempadan negara masih lagi belum dibuka, inilah peluang anda untuk travel lokal.

Malaysia ini sebenarnya menawarkan banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. Anda cuma perlu tahu tempat yang perlu dituju sahaja. Kaya dengan keindahan semula jadi yang menakjubkan, anda pastinya akan berasa bangga dengan kecantikan alamnya.

Bagi merancakkan kembali industri pelancongan tempatan, Tripcarte dengan sukacitanya menawarkan anda, mata ganjaran yang bernilai RM15. Anda hanya perlu mendaftar di laman web Tripcarte.

Tripcarte menawarkan anda, sehingga 500 jenis tarikan dan aktiviti di seluruh Malaysia untuk anda kunjungi bersama keluarga mahupun rakan. Apa lagi? Daftar sekarang dan mula rancang destinasi hujung minggu anda hari ini bersama Tripcarte.