Balik Pulau- Destinasi Percutian Alam Semula Jadi di Pulau Pinang

Balik Pulau terkenal dengan durian

Balik Pulau, selain terkenal dengan duriannya yang padu, ianya juga merupakan satu destinasi percutian terkenal dengan keindahan alam yang memukau mata memandang. Terletak di barat daya Pulau Pinang, Balik Pulau merupakan cantuman beberapa perkampungan nelayan yang menawarkan pemandangan menenangkan sawah padi yang menghijau dan udara segar.

Kehijauan suasana alamnya yang jauh dari hiruk-pikuk bandar, akan membuatkan anda jatuh cinta dengannya saat anda melawat tempat ini. Pelbagai tempat dan aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini dari berbasikal merentas sawah padi, ke meredah hutan dengan ATV, dan banyak lagi aktiviti menarik yang menyeronokkan.

Kalau anda masih tercari-cari aktiviti yang boleh dilakukan di Balik Pulau, di sini tersenarai beberapa aktiviti untuk anda sertai dan lawati.

Jangan terlepas peluang untuk melawati banyak lagi tempat menarik di Malaysia dengan Tripcarte.