Terpukau dengan keindahan Pulau Mantanani di Sabah

Pulau Mantani di Sabah tidak lagi perlu diperkenalkan terutama kepada pencinta pulau. Terkenal dengan keindahanan air lautnya yang jernih dan dengan aktiviti snorkeling, membuatkan pulau ini sentiasa menjadi pilihan destinasi percutian.

Meskipun terletak jauh di Kota Belud dan mengambil masa kira-kira 3-4 jam perjalanan dengan kereta dan bot, pulau ini menerima banyak pelancong dari luar dan dalam negara. Terbahagi kepada dua iaitu Mantanani Besar dan Mantanani Kecil, hanya bahagian Mantanani Besar sahaja yang berpenghuni.

Aktiviti menjadi pilihan buat mereka yang datang ke Pulau ini pastinya, aktiviti snorkeling. Aktiviti ini akan membawa anda meneroka dunia bawah laut yang dihuni ribuan hidupan laut yang mengkagumkan. Berenang dan menyelam dalam lautan biru yang jernih. Anda pastinya akan jatuh cinta dengan keindahan dan kecantikan pulau ini.

Jadi, buat anda yang sukakan pulau dan pada masa yang sama ingin bercuti di Sabah, Pulau Mantanani perlu dimasukkan dalam senarai tempat yang perlu anda lawati.