Ketahui permata tersembunyi di KL dan Selangor untuk anda lawati

Anda sudah bosan dengan hutan konkrit dan inginkan melakukan melakukan aktiviti yang berkait rapat dengan alam semula jadi sambil menghirup udara segar? Tak perlu pergi jauh kerana di KL dan Selangor ini terdapat destinasi yang penuh dengan keindahan alam semulajadi,  berikut adalah senarai kawasan yang anda mungkin berminat:


Hiking di Bukit Kiara

Dikenali kerana laluan pendakian yang mudah, tidak hairanlah ianya sering menjadi pilihan pendaki terutama buat mereka yang baru ingin berjinak dengan aktiviti mendaki ini. Masuk percuma sahaja. Anda cuma perlu bawa diri anda dan botol air untuk kekal bertenaga. 

Credit: Great Runs

Taman Orkid, Ulu Yam

Jika anda inginkan tempat yang tidak memerlukan anda mengeluarkan banyak tenaga dan melakukan aktiviti berat, apa kata anda kelilingkan diri anda dengan orkid dengan, World of Phalaenopsis. Taman Orkid yang dikenali dengan nama World of Phalaenopsis ini menawarkan pelbagai jenis dan warna orkid yang akan membuat anda rambang mata. Terdapat juga kafe di sini untuk anda minum petang setelah melawat seluruh taman orkid. 

Sumber: Facebook

Air Terjun Sungai Pisang

Air terjun Sungai Pisang terletak jauh di dalam Gombak dan mengambil masa 45 minit hiking. Menariknya pasal Air terjun ini, anda perlu melalui dua terowong untuk tiba di air terjun ini. Meskipun mengambil masa yang lama untuk tiba di kawasan air terjun ini, kepenatan anda akan dibayar dengan pemandangan indah dan kesejukan air terjun yang membuatkan pendakian anda lebih bermakna.


Taman Dusun Bandar (Urban Orchard Park)

Taman Dusun Bandar ini terletak di Jalan Bellamy Kuala Lumpur. Ianya sebuah taman yang baru lagi dan kurang diketahui oleh orang ramai jadi tidak ramai pengunjung yang terdapat di sini. Selain bersiar—siar dan berehat melihat pokok buah-buahan tempatan, kawasan ini juga boleh disewa untuk photoshoot atau penggambaran filem.

Sumber: Facebook

Taman Tugu Nursery

Taman Tugu merupakan antara taman yang terbaru di Kuala Lumpur. Taman seluas 66 ekar ini pada asalnya akan menjadi taman berbayar untuk menarik pengunjung namun pihak Khazanah kemudiannya mengambil keputusan untuk menjadikan taman ini sebagai taman awam. Jika anda mempunyai kesempatan, apa kata ambil peluang untuk melawat taman tugu yang terletak di Jalan Parlimen ini.

Sumber: JomKitaLari