Melawat muzium terkenal seluruh dunia secara virtual

Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia membuat banyak tempat tarikan seperti muzium dan galeri seni ditutup. Namun begitu, anda usah khuatir dan ambil peluang ini untuk melawat muzium dan galeri seni terkenal di seluruh negara dunia. Ini kerana kurator muzium telah memperoleh cara kreattif untuk orang awak mengakses koleksi -koleksi seni iaitu dengan mengadakan lawatan atas talian.

Dengan kerjasama bersama Google Arts and Culture, Melalui kerjasama dengan Google Arts and Culture, ratusan muzium dan galeri kini menyediakan lawatan secara maya termasuklah pameran – pameran yang terkemuka dunia.

Kebanyak institusi terkenal di seluruh dunia mempunyai koleksi atas talian yang banyak, dan itu bermakna anda boleh melihat koleksi sejarah seni ini dengan hanya duduk di rumah anda sahaja. Antara muzium yang terlibat ialah Muzium Guggenheim, New York, Muzium Van Gogh, Amsterdam, Muzium British dan banyak lagi.

Berikut antara muzium dan galeri seni yang anda boleh lawati secara virtual:


Muzium British, London

Kredit: John Walton/PA

Lawatan virtual ini akan membawa anda untuk melihat koleksi muzium ikonik yang terletak di tengah kota London. Rentas masa dan sejarah dunia dengan koleksi pameran seperti mumia Mesir dan pelbagai jenis artifak yang terdapat di sini.

Mulakan lawatan


Rijksmuseum, Amsterdam

Kredit: Myra May

Muzium yang menjadi rumah kepada koleksi Era Belanda ini menawarkan lawatan secara Google Street View yang akan membuatkan anda seolah-olah berada di dalam muzium tersebut. Jangan lepaskan peluang juga untuk melihat koleksi Vermeer dan Rembrant yang merupakan artis yang terkenal dengan karya Girl with a Pearl Earring dan The Night Watch.

Mulakan lawatan


Muzium Guggenheim, New York

Menggunakan konsep lawatan yang sama seperti Rijksmuseum iaitu lawatan secara Google Street View, di sini anda dapat berkunjung ke tangga berpusing yang terkenal. Koleksi karya di sini terdiri daripada pelbagai latar masa dari era Impresionis, pasca Impresionis sehinggalah ke koleksi moden dan kontemporari.

Mulakan lawatan


National Gallery of Art, Washington D.C

Kredit: Wikimedia Commons / AgnosticPreachersKid

Galeri Seni di Amerika ini menawarkan dua jenis galeri pameran di Google Arts & Cultures. Pertama, ia mempamerkan dunia fesyen Amerika dari tahun 1740 sehinggalah 1895 dan galeri kedua pulak memaparkan hasil karya dari Dutch Baroque dan Johannes Vermeer.

Mulakan lawatan


National Museum of Modern and Contemporary Art, Seoul

Salah satu muzium terkenal di Korea. Lawatan virtual ini akan membawa anda melihat karya seni kotemporari dan juga antarabangsa dari negara Hallyu.  

Mulakan lawatan


Pergamon Museum, Berlin

Kredit: Wikimedia Commons.

Antara muzium terbesar di Jerman. Muzium ini menjadi rumah kepada banyak artifak-artifak kuno seperti Gerbang Ishtar Babel, dan Altar Pergamon yang terkenal.

Mulakan Lawatan


Van Gogh Museum, Amsterdam

Siapa yang tidak mengenali Van Gogh, pelukis yang terkenal dengan karya The Starry Night, Sunflower dan banyak lagi. Di Muzium Van Gogh ini, anda dapat melihat lebih daripada 200 koleksi lukisan, 500 gambar dan lebih 750 surat peribadi Van Gogh. Jika anda peminat Van Gogh, jangan lupa untuk melawat pamerannya.

Mulakan Lawatan

Banyak lagi galeri dan muzium lain yang anda boleh lawati di sini. Jadi ambil peluang ini untuk melawat