Ceriakan hari anda di Taman Bunga Matahari, Perlis

Bunga Matahari atau turut dikenali dengan nama Latin, Heliantus Annuss L merupakan sejenis pokok bunga semusim dalam keluarga Asteraceae yang berasal dari benua Amerika. saiz kuntum yang besar dan warna kuning terang seakan matahari, tidak hairanlah bunga ini digelar sebagai Bunga Matahari (Sunflower)

Sumber: asyilafirzan

Taman bunga matahari kebanyakannya boleh dijumpai di negara-negara Eropah. Buat rakyat Malaysia, lokasi utama yang menjadi pilihan untuk melihat taman bunga matahari pastinya di negara jiran, Thailand.

Sumber: dinnyaiman

Namun begitu, kini tidak lagi perlu mengembara jauh kerana di Malaysia sudah terdapat tempat terdekat untuk melihat ladang ini dengan lebih dekat yang dibuka pada Julai tahun lalu.

Taman bunga matahari ini sebenarnya terletak di Taman Ular dan Reptilia Kangar, Perlis. Meskipun taman bunga ini tidaklah seluas taman Bunga matahari yang terdapat di Thailand, taman ini masih mampu menjanjikan anda pengalaman menyeronokkan buat pengunjung yang hadir.

Beroperasi pada pukul 9 pagi – 5 petang, harga tiket untuk taman ini juga murah iaitu hanya RM6 untuk Dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.

Sumber: keril_rill

Jadi bersedia dengan kamera anda untuk bergambar sepuas hati di taman bunga matahari yang indah ini.