Fenomena Air Mata Biru di Pantai Tusan

Anda tahu tak dekat Miri, Sarwak terdapat satu fenomena pantai yang hanya muncul pada bulan September – Disember setiap tahun? Fenomena air mata biru ini pasti akan menambat hati anda untuk melawat pantai Tusan ini.

Pantai Tusan yang terletak kira-kira 40 km dari bandar Miri merupakan destinasi perlancongan terbaru di bandar ini.

Pantainya yang landau dan hamparan pasirnya berwarna kekuningan di bawah pancaran cahaya matahari ini akan membuat pengunjung seronok saat melihat bekas tapak kaki yang ditinggalkan saat mereka melangkah di hamparan pasir Pantai Tusan ini.

Namun begitu, istimewanya Pantai Tusan yang menarik pengunjung berkunjung ke sini selain dengan pemandangan pantainya yang indah ialah fenomena “blue tears” atau digelar air mata biru dalam kalangan penduduk sekitar. Fenomena air mata biru ini boleh dilihat dengan jelas pada waktu malam setelah matahari terbenam.

Dan untuk pengetahuan anda juga, Pantai Tusan ini juga merupakan antara salah satu pantai yang alami fenomena ini selain di Maldives, kepulauan Matsu di luar pantai Taiwan.

Fenomena air mata biru ialah apabila cahaya biru berkilau terang terhasil daripada plakton yang bertindak balas dengan oksigen dalam air laut dan menghasilkan warna biru terang. Anda pasti akan terpukau dengan suasana pantai yang seakan dilimpahi oleh lampu neon berwarna biru.

Dengan keindahan pantai berwarna biru dan bunyi ombak memecah pantai, anda pastinya akan berasa tenang dan jatuh cinta dengan Pantai Tusan ini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Pantai Tusan pada waktu malam untuk melihat fenomena yang sungguh mengasyikkan ini.