Bercuti di Maldives Malaysia

Keindahan Maldives seringkali membuatkan ramai antara kita yang ingin menjadikan tempat tersebut sebagai destinasi percutian idaman atau destinasi honeymoon. Tetapi disebabkan oleh kos yang tinggi, ramai yang melupakan Hasrat tersebut atau hanya menjadikan lokasi tersebut sebagai salah satu senarai dalam bucketlist.

Nah, sekarang anda tidak perlu pergi jauh atau berbelanja besar dan pergi jauh kerana di Malaysia sendiri mempunyai tempat yang sama seakan Maldives.

Pulau Rawa yang terletak di Johor ini sering mendapat pujian dalam kalangan pelancong luar negara kerana dikatakan menyamai kepulauan Maldives. Dengan keindahan Pulau Rawa yang menjanjikan panorama yang memukau mata dengan pantai pasir putih bersih, air laut berwarna hijau kebiruan, dasarnya yang jernih pasti memberikan satu pengalaman yang mengujakan buat pengunjung yang hadir.

Saat anda berkunjung ke Pulau Rawa ini, anda akan disambut dengan angin Laut China Selatan yang bertiup sempoi-sempoi Bahasa dan bunyi ombak memecah pantai yang memberikan suasana damai dan sekali gus menghilangkan tekanan dan memberikan anda ketenangan.

Jadi anda jangan ketinggalan untuk menjadikan atau memasukkan Pulau Rawa yang mendapat jolokan Maldives Malaysia ini sebagai salah satu destinasi percutian untuk dilawati setelah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat tamat.