Menghargai jasa Frontliners

Sewaktu kebanyakan rakyat Malaysia duduk dirumah sepanjang pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan PKP, petugas barisan hadapan atau frontliners yang terdiri daripada petugas kesihatan, polis, tentera dan agensi lain yang bertungkus-lumus dalam melaksanakan tugas masing-masing dalam mengekang penularan wabak Covid-19 ini. Pengorbanan mereka tidak kira siang atau malam amatlah dihargai.

Dan untuk itu, Tripcarte dengan gembiranya ingin memberi 50% diskaun untuk tarikan di Malaysia buat petugas barisan hadapan ini bagi menghargai jasa mereka. Dengan tagline “Buy Now Go Later”, setiap tiket tersebut  mempunyai tempoh luput selama 12 bulan.

Promosi ini bermula dari 8 Mei sehinggalah 22 Julai, anda juga boleh beli dan menghadiahkan tiket tarikan ini kepada frontliners yang lain. Jadi tunggu apa lagi, beli tiket ini sekarang, dengan klik di sini.