Keunikan tersembunyi di Kota Belud, Sabah

Seringkali destinasi percutian di Sabah ialah Kundasang, Semporna, dan pulau-pulau sekitar Kota Kinabalu menjadi pilihan utama buat pelancong dalam dan luar negara untuk bercuti meskipun Sabah ini mempunyai banyak lokasi dan tempat menarik untuk dikunjungi. Salah satunya ialah Kota Belud yang terletak hanya 70 km dari bandar Kota Kinabalu.

Kredit: Sabah Post

Kota Belud ini meskipun jarang dikunjungi oleh pelancong, ianya mempunyai keunikan tersembunyi yang akan membuat anda jatuh cinta dengannya.

Bukit Minonggui, Kota Belud
Pulau Mantanani

Namun begitu, di sini terdapat satu lokasi yang jarang diketahui pelancong tetapi menawarkan satu lawatan percutian yang luar biasa iaitu Pantai Nanamun. Di kawasan Nanamun ini, anda berpeluang untuk melihat keindahan kampung nelayan tradisional masyarakat Bajau yang merupakan salah satu etnik yang terdapat di Sabah ini.

Melihat matahari terbenam di Pantai Nanamun
Kredit: @brandonpoukin

Di sini anda berpeluang untuk menyertai lawatan pelayaran sungai untuk melihat monyet belanda yang unik selain menikmati keindahan pemandangan matahari terbenam saat anda bersantai di Pantai Nanamun. Tidak kurang juga, anda berpeluang untuk melihat keindahan cahaya kelip-kelip pada waktu malam.

Jika anda ingin bercuti di Kota Belud, sertai lawatan ini untuk menjadikan percutian di Sabah anda lebih bermakna.