10 kedai bebas cukai untuk dilawati di Langkawi

Semua sedia maklum yang selain popular dengan keindahanan tempatnya, Langkawi turut terkenal sebagai pulau bebas cukai. Tidak hairanlah mengapa Langkawi ini menjadi destinasi percutian pilihan ramai. Sambil-sambil bercuti melihat pemandangan alam semula jadi yang, ambil juga kesempatan untuk membeli-belah di Langkawi ini. Kami senaraikan 10 kedai bebas cukai untuk korang lawati.

Langkawi Fair

Langkawi Fair ini merupakan pusat membeli-belah tertua di Kuah. Di sini, terdapat sehingga 100 buah kedai yang menjual pelbagai jenis barangan seperti minyak wangi, pakaian, barang kemas, kasut sukan dan paling utama ialah coklat. Namun begitu, bukan kesemua barangan yang dijual sini bebas cukai. Jadi pastikan anda periksa harga terlebih dahulu sebelum membeli.

Langkawi Parade

Langkawi Parade yang terletak di Kuah ini menempatkan sehingga 60 lot kedai bersama 12 restoran. Selain itu terdapat juga pawagam, dan juga hotel bajet moden yang anda boleh menginap.   

Cenang Mall

Kompleks membeli-belah dua tingkat yang terletak di Pantai Cenang ini menempatkan kedai-kedai seperti pasar raya, farmasi, restoran dan juga kedai tempatan. Cenang Mall ini menyediakan pengalaman membeli-belah yang lebih seleasa buat pengunjung di Pantai Cenang.

Rams

Rams Home Décor ini terletak di Pekan Rabu dan merupakan pusat beli belah yang bukan sahaja menjual barangan perhiasan rumah, tetapi turut menjual barangan seperti coklat, minyak wangi dan sebagainya. Dengan harganya yang berpatutan, tidak hairanlah ia turut menjadi tumpuan pengunjung.

Idaman Suri

Idaman Suri yang terletak di Taman Seri Berlian ini menjadi pilihan buat pengunjung yang ingin mencari barangan seperti kelengkapan dapur, barangan hiasan rumah, tekstil dan lain.

Coco Valley

Buat anda yang bercuti di Pantai Cenang dan dan pecinta coklat, jangan lepaskan peluang untuk melawat Coco Valley yang terletak di sebelah Underwater World Langkawi ini. Menawarkan pelbagai jenis coklat dari pelbagai jenama terkenal dan juga harga yang murah, anda boleh memborong sebanyak mana coklat yang anda ingini.

Jetty Point

Terletak bersebelahan dengan Jeti Kuah, kompleks beli-belah moden ini menjadi pilihan pengunjung. Meskipun harga yang ditawarkan tidak murah seperti di tempat lain namun masih menjadi tumpuan kerana terdapat beberapa kedai yang menawarkan pelbagai jenis barang seperti cenderamata, kaca mata hitam, cermin mata, kasut, produk eletronik, batik, kraftangan dan banyak lagi.

Zeno Duty Free Shopping Centre

Sesuai sahaja dengan nama diberi, pusat membeli-belah ini sememangnya menjual pelbagai barangan bebas cukai. Pelbagai barangannya boleh di dapati dengan murah kerana seringkali terdapat promosi ‘Beli Dua, Percuma Satu’, namun pengunjung harus diingatkan kebanyakan produk yang dipromosikan menghampiri tarikh luput, sebab itulah ia dijual dengan sangat murah.

Pembeli dinasihatkan untuk menyemak dahulu tarikh luputnya sebelum membuat pembayaran. Zeno Duty Free Shopping Centre ini terletak di tengah-tengah Bandar Kuah iaitu di Jalan Pandak Mayah 6.  

Tempat shopping di Langkawi ini bersebelahan sahaja dengan Eastern Native Duty Free yang menjual rokok dan cerut, beg bagasi, minyak wangi, pakaian dan peralatan dapur. Semuanya dijual dengan pada harga yang cukup-cukup memuaskan dan sangat murah sekali. Pusat membeli-belah ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 9.30 malam.