5 tempat menarik untuk dilawati di Pulau Pinang hujung minggu ini.

Pastinya hujung minggu merupakan waktu-waktu yang ditunggu – tunggu. Kerana selain digunakan untuk merehatkan diri, ada juga yang ambil peluang ini untuk bercuti bersama kawan atau keluarga. Antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara pastinya Pulau Pinang yang turut dikenali sebagai pulau Mutiara. Terkenal sebagai destinasi tumpuan buat food lover, di Pulau Pinang juga terdapat banyak tempat menarik yang menarik untuk dilawati.

Tropical Spice Garden

Buat anda yang inginkan ketenangan dan cintakan alam semula jadi, Tropical Spice Garden ini merupakan tempat yang perlu dituju anda. Terletak di Teluk Bahang, pada asalnya Tropical Spice Garden ini merupakan ladang getah yang terbiar. Kemudian, David dan Rebecca Wilkinson dan beberapa mereka yang lain menjadikan tempat ini sebagai satu destinasi eco-pelancongan yang bertaraf antarabangsa.

Merupakan taman herba dan bunga, anda juga boleh melihat pelbagai flora dan fauna eksotik yang jarang ditemui.

TeddyVille Museum

Namanya sahaja sudah membuatkan anda tahu tarikan utama yang terdapat di TeddyVille Museum ini. Muzium patung beruang yang pertama dan terbesar di Malaysia dengan koleksi patung beruang dari tahun 1900-an dan dari pelbagai negara. Peminat patung beruang tidak boleh lepaskan peluang untuk melawat muzium ini.

The Habitat Penang

Kelilingi diri anda dengan hutan hujan tropika yang berusia 130 juta tahun di The Habitat Penang yang terletak di Bukit Bendera. Sambil itu, berjalan di Curtis Crest Tree Top Walk atau di Langur Walk yang membolehkan anda untuk melihat keindahan laut kepulauan Andaman.

Jangan lepaskan peluang juga untuk mencuba aktiviti zipline sewaktu anda berada di The Habitat Penang.

Entopia Penang

Melangkah masuk ke taman rama-rama yang menempatkan sehingga 150 spesis rama-rama dan 200 spesis flora ini. Saksikan sehingga 15,000 ekor rama-rama berterbangan bebas di dalam taman ini. Dapatkan juga maklumat mengenai spesis rama-rama dan juga lebih lagi mengenai serangga ini.

The Top Penang

The Top ini merupakan taman tema indoor yang terbesar di Pulau Pinang. Bangunan tertinggi di Pulau Pinang ini menempatkan pelbagai tarikan menarik. Terdapat sehingga 18 tarikan di The Top ini. Antaranya ialah The Gravityz, Jurassic Research Centre dan Rainbow Skywalk and Observatory Deck yang membolehkan anda untuk melihat keseluruhan pemandangan bandar Pulau Pinang.

Rancang hujung minggu anda dengan Tripcarte.Asia. Lihat tempat menarik lain yang terdapat di Pulau Pinang dan Malaysia untuk dilawati.