Ingin bercuti? Ikuti 5 tips ini untuk elak Koronavirus.

Wabak Koronavirus yang kian menular di beberapa negara telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat dunia.

Jadi pastinya ramai antara korang yang takut untuk bercuti terutama ke luar negara kerana risau dijangkiti. Memandangkan keadaan di Malaysia masih lagi terkawal, mungkin ini waktu untuk korang meneroka dan melawati tempat-tempat menarik di Malaysia.

Namun sebagai persediaan, korang boleh mengikut tip penting ini untuk mengelak berdepan risiko dijangkiti wabak berkenaan

Pemeriksaan kesihatan

Sebelum pergi bercuti, pastikan korang sudah dapatkan nasihat pakar kesihatan dan juga dapatkan suntikan vaksin yang berkaitan. Selain itu, jangan lupa pastikan bekalan ubat-ubatan lengkap kesemuanya sebelum memulakan perjalanan.

Hand Sanitizer

Pastikan korang bawa  hand sanitizer atau gel pembersih tangan ini ke mana sahaja korang pergi. Benda ni dianggap benda paling penting yang perlu ada dalam poket atau beg korang.

Topeng Muka

Berada di tempat yang ramai boleh memberi pelbagai risiko kepada kesihatan korang. Jadi pastikan korang beli dan memakai topeng muka yang betul. Selain itu, pastikan korang memakai topeng muka yang menutup keseluruhan mulut dan hidung dengan sempurna.

Young woman touching digital screen

Elakkan bersentuhan

Musim-musim wabak ini pastikan korang elakkan untuk bersentuhan dengan mereka yang tidak sihat atau yang mengalami selsema, batuk atau deman. Risiko untuk dijangkiti sangat tinggi jadi pastikan korang berjaga-jaga kalau korang berada di tempat awam.

Makanan

Buat mereka yang gemar food hunting, seeloknya pada waktu sekarang ini, korang elakkan makanan yang tidak masak. Selain itu, kalau korang nak bercuti tempat-tempat lain pula, korang boleh pilih untuk masak sendiri dan bawa bekal siap-siap dari rumah.

Rujukan: mStar