Berbasikal di sekitar bandar Kuala Lumpur

Sejak kebelakangan ini, aktiviti berbasikal kian mendapat tempat dalam masyarakat kini. Tambahan pula, selebriti terkenal seperti Dato Siti selalu upload gambar beliau berbasikal setiap hujung minggu membuatkan ramai follower beliau yang turut mengikuti jejak langkah beliau.

Tapi sebab bukan semua antara kita mempunyai basikal dan tempat nak berbasikal pun terhad sedikit sebanyak membantutkan keinginan untuk berbasikal tersebut.

Jadi buat korang yang teringin dan suka berbasikal ini, apa kata kalau korang join The Best of Kuala Lumpur cycyling tour ni?

Lawatan ini akan bermula di Matic. Lepas tu, korang akan berbasikal sekitar bandar di Kuala Lumpur seperti Pasar Seni, Petaling Street, Kampung Baru, Menara KL dan banyak lagi tempat-tempat menarik.

Korang juga boleh pilih waktu bila yang korang nak berbasikal sama ada pagi atau petang.

Memang tak rugi tau kalau korang join, sebab sambil korang berkayuh tu , korang boleh menyihatkan tubuh badan.

Korang tak perlu risau mengenai laluan yand digunakan sebab ada guide yang akan pandu korang sewaktu lawatan ini.

Jadi tunggu apa lagi? Jomlah berbasikal!