Taman Botani Negara Shah Alam (2020)

Taman yang seluas 817 hektar ini menempatkan beberapa tarikan dan aktiviti buat pengunjung yang datang ke Taman Botani Shah Alam. Antara tarikan yang tersedia ialah Taman Haiwan, Taman Padi, Taman Kaktus, Taman Bunga dan tasik yang cantik.

Kredit: Yoy Network

Menariknya di sini, ialah Rumah Iklim Sederhana Empat Musim yang memberi anda peluang untuk merasai suasana empat musim iaitu luruh, bunga, salji dan panas seperti di negara yang beriklim empat musim. Anda boleh melihat kepelbagaian bunga-bunga dan juga keindahan panorama yang terdapat di sini.

Mempunyai fasiliti yang lengkap dari perkhidmatan bas dalam taman, ruang rehat, kemudahan penginapan dan juga kawasan camping buat anda yang ingin merancang team building atau hari keluarga.

Selain itu, selain berjoging, dan berjalan,  di sini juga terdapat aktiviti menarik yang boleh anda cuba seperti berbasikal, dan memancing di Empangan Air Kuning Taman Botani Shah Alam.

Buat anda yang inginkan cabaran, bolehlah mencuba Skytrex Adventure Park yang menawarkan pelbagai cabaran buat anda. Jadi buat anda yang tidak pernah ke Taman Botani Shah Alam ini, datang dan alami keindahan alam semula jadi taman dalam bandar ini bersama keluarga anda.

Klik link di sini untuk melihat tempat dan aktiviti menarik yang terdapat di Malaysia yang boleh anda lakukan hujung minggu ini.