Aktiviti yang terdapat di One Utama (OU)

One Utama antara pusat membeli-belah yang sering dikunjungi pengunjung. Kini dengan terdapatnya Stesen MRT yang berdekatan, lebih mudah untuk anda ke One Utama ini. Selain membeli-beli, anda juga boleh melawat tempat dan  melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik di sini.

IT’S A HIT! BATTING CAGES

Meskipun sukan Baseball ini kurang popular di Malaysia, It’s Hit Batting Cage ini memang selalu penuh dengan pengunjung.  Kalau selalu tengok drama Korea, mesti ada adegan pelakon yang ke batting cage untuk lepaskan geram bukan. Jadi untuk mereka yang nak mencuba atau nak lepaskan geram tu, bolehlah ke sini. It’s Hit ni yang terletak di rooftop outfit 1 Utama ini boleh menempatkan jumlah yang ramai pengunjung yang ramai dan sesuai sebagai aktiviti berkumpulan.

Bayaran yang dikenakan juga murah kerana dengan bayaran RM5 sahaja, anda boleh membuat sekurangnya 15 pukulan. Pada hari Rabu pula, terdapat promosi RM 3 untuk 15 pukulan.   Jangan risau, jika anda tidak pernah mencubanya, ketinggian dan kelajuan mesin tersebut boleh di adjusted mengikut kesesuaian anda. Mudah sahaja untuk ke sini, anda hanya perlu menaiki lif berdekatan dengan Coffee Bean & Tea Leaf di New Wing One Utama untuk sampai ke It’s Hit.

Waktu Operasi : Isnin – Khamis : 12:00 – 22:30 | Jumaat & Sabtu : 10:00 – 24:00 | Ahad : 10:00 – 22:30 Sunday

Lokasi : Upper Roof (via High Street Lift), 1Utama Shopping Centre, 1 Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 4780

CAMP 5

Singgah ke Camp 5 untuk aktiviti yang pastinya mencabar dan membuat anda berpeluh.  Tempat ini menjadi tempat untuk anda yang ingin mencuba aktvititi rock climbing kerana terdapat bahagian dinding yang mereka yang beginner. Jangan risau, untuk yang expert pun anda juga. Merupakan tempat indoor rock climbing terbesar di Asia,  tempat ini  hanya mengenakan bayaran sebanyak RM28 untuk bayaran masuk, RM18 untuk sewaan gear dan RM 20 (sejam) untuk sewa lead rope.  Terdapat juga instruktor yang sedia memberi bantuan kepada anda jika terdapat apa-apa masalah.

Waktu Operasi : Isnin – Jumaat  14:00 – 23:00| Sabtu & Ahad  10:00 – 20:00

Lokasi : EZ501, 5th Floor, 1Utama Shopping Centre, 1 Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800

PADANG @ 1UTAMA

Buat mereka yang gemar berfutsal, jangan tak tahu yang dekat 1 Utama ni pun ada juga tempat futsal iaitu Padang @ 1 Utama. Tempat futsal yang lengkap dengan ruang mandi  dan lima gelanggang futsal ini hanya mengenakan bayaran sebanyak RM 60 untuk tempat sejam. Jadi kalau anda inginkan aktiviti berkumpulan bersama rakan-rakan, bolehlah ke sini.

Waktu Operasi : Isnin – Ahad 10:00 – 22:00

Lokasi: Upper Roof Top, 1Utama Shopping Centre, 1 Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800

AirRider Kuala Lumpur

Aktiviti terbaru di 1 Utama ini pastinya buat anda teruja terutama buat anda yang gemarkan aktiviti mencabar. AirRider merupakan tempat indoor skydiving pertama di Asia Pasifik. Menggunakan teknologi  terowong angin yang akan memberikan  anda pengalaman skydiving tanpa perlu melompat dari kapal.

Buat anda yang ingin mencuba AirRider ini, jangan risau kerana ianya telah dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dan terdapat instruktor yang akan membantu anda sewaktu di dalam tiub terowong angin tersebut.

Waktu Operasi :  Isnin – Ahad 10:00 – 22.00

Lokasi: Level 2, 1 Utama Shopping Centre, 1 Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

FLOWRIDER 1Utama

Buat anda yang gemarkan sukan air pula dan teringin untuk belajar surfing bolehlah ke FlowRider ini. Terletak di tingkat bawah,  tarikan menarik ini meggunakan mesin yang akan mencipta waves untuk sukan seperti flowboarding, boadyboarding dan surfing. FlowRider ini menjadi tempat ideal buat semua peringkat umur.

Tidak kiralah sekiranya anda seorang yang profesional atau pun baru bermula, staff FlowRider ini akan membantu anda untuk menunjukkan kemahiran surfing anda.

Waktu Operasi: Isnin- Ahad 10.00 – 22.00

Lokasi: LG Floor, 1 Utama Shopping Centre, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya