Museum of Illusions KL

Museum of Illusions  ini menempatkan lebih 70 exhibition reka bentuk dan mempunyai koleksi optical illusion terbesar di Asia kini telah dibuka di Kuala Lumpur.
Kredit: Museum Of Illusions
M
uzium yang dibuka pada  2018 ini merupakan muzium ilusi pertama yang di buka di Kuala Lumpur. Terletak di Bukit Bintang iaitu kawasan golden triangle yang menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negara untuk shopping ini amat mudah untuk diakses kerana terdapat MRT, Monorail yang memudahkan pengunjung untuk ke sana. Museum of Illusion Bukit Bintang ini mempunyai 6 ruang ilusi untuk anda terokai.
Nak tahu macam mana objek sekeliling boleh mempengaruhi saiz asal manusia? Ketahuinya apabila anda mencuba kerusi yang terdapat di bilik The Chair Illusions.
Kredit: Museum Of Illusions
Mesti anda pernah terlihat gambar di mana seorang ternampak besar dan seorang lagi nampak kecil bukan? Mesti anda teringin nak tahu macam mana bila seseorang itu boleh berubah saiz sedangkan sebenarnya anda dalam bilik biasa sahaja. Di Hames Rooms,anda akan merasai pengalaman ilusi visual yang menakjubkan ini.
Satu benda yang pasti, bila anda melalui Vortex Tunnel ini, anda pasti akan berasa pening dan keliru. Ini kerana, sewaktu anda melangkah ke dalam silinder berpusing ini, anda sebenarnya berjalan di atas permukaan rata yang stabil dan rata.

Mirror-mirror on the wall, who is the prettiest of them all?

Kredit: Museum of Illusions
Hah, di Infinity Room ni, penuh dengan cermin. Bilik yang penuh dengancermin ini akan menimbulkan ilusi seolah-olah anda dalam ruang yang tiada penghujung.
 
Saat anda melangkah masuk ke bilik ini, anda tidak akan tahu sama ada anda berdiri di permukaan rata atau permukaan condong. Pastinya di bilik ini, akan membuat anda mempersoalkan kembali hukum asas fizik.
Tak terbayang bukan kalau dunia ini terbalik 180 darjah? Di Rotated Room, anda boleh guna imaginasi anda untuk bergambar di bilik tersebut. Apalagi, posing cepat.

Tak rugi kalau anda datang dan mencuba pengalaman yang menakjubkan di Museum of Illusions KL ini.  Museum of Illusions ticket price hanya dalam lingkungan RM 35 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak berumur 15 tahun dan kebawah. Atau untuk memudahkan anda, anda boleh juga beli ticket Museum of Illusion ini secara online di Tripcarte.asia.