8 Aktiviti dan Tempat Menarik Di Kuala Kubu Bharu

Buat kalangan mereka yang gemarkan aktiviti lasak dan ekstrem, Kuala Kubu Bharu bukanlah satu tempat yang asing lagi. Juga dikenali dengan singkatan KKB dalam kalangan penduduk setempat, Kuala Kubu Bharu ialah bandar yang terletak di di daerah Hulu Selangor.

S
uasana nyaman dan udaranya yang segar, bagaikan bercuti di pusat peranginan tinggi. Bagi yang meminati aktiviti lasak dan ekstrem, Kuala Kubu Bharu ini menawarkan pelbagai aktiviti dari rafting, zipline, hiking dan sebagainya. Jom tengok senarai 8 tempat dan aktiviti yang boleh dibuat di Kuala Kubu Bharu ini.

Tandem Paragliding

Buat anda yang ingin melihat pemandangan seluruh daerah Kuala Kubu Bharu atau KKB, bolehlah mencuba aktiviti paragliding ini. Paragliding merupakan salah satu aktiviti ekstrem yang semakin hari semakin popular di seluruh dunia. Aktiviti paragliding memberi peluang yang baik kepada mereka yang ingin menikmati pemandangan indah alam semula jadi dari atas langit.

Anda akan berlepas daripada tempat yang tinggi seperti dari atas puncak bukit. dan setelah itu, instruktor yang bersama anda akan mengambil alih untuk mengawal payung terjun anda, Jadi, anda tidak perlu berasa susah hati atau risau  dan hanya menikmati penerbangan tersebut dengan pakar paraglider.

White Water Rafting

KKB sangat popular dengan aktiviti white water rafting kerana aktiviti sukan air ini boleh anda cuba bersama rakan, pasangan atau keluarga. Dengan laluan sepanjang 7 km, anda akan merasai pengalaman  mengayak dalam air sungai dengan kederasan dan kecerunannya dari gred 1 sehingga ke gred 5.

Mengambil masa lebih kurang satu hingga dua jam bergantung kepada pengaliran air aktiviti ini tidak menjadi masalah besar buat anda yang tidak tahu berenang kerana pihak di sini  akan menyediakan jaket keselamatan dan seorang pakar akan berakit bersama anda. Aktiviti white water rafting ini pasinya akan menjanjikan satu kepuasan baru buat anda.

Rope Swing Kuala Kubu Bharu

Aktiviti ekstrem rope swing kini telah menjadi trend dalam kalangan pencinta aktviti ekstrem. Rope swing ini sebenarnya telah popular di negara luar seperti New Zealand tapi lebih dikenali sebagai Nevis Swing.

Seakan aktiviti bungee jump, Rope Swing ini, tali yang terikat pada badan penerjun akan disangkut kepada kabel yang terletak yang agak berjauhan dengan platform terjun. Bezanya Bungee Jump dan Rope Swing ini adalah bungee jump ini anda akan terjun ke bawah sementara Rope Swing pula anda akan berhayun seakan pendulum.

Dikendalikan oleh pihak Rentas Adventure, aktiviti ini telah dikenali oleh Majlis Daerah dan mendapat kelulusan oleh pihak berwajib. Jadi untuk mereka yang mempunyai keberanian dan adrenalin tinggi, cabar diri anda di Rope Swing Kuala Kubu Bharu.

Zipline di Kuala Kubu Bharu

Buat anda yang takut-takut untuk mencuba aktiviti Rope Swing, bolehlah cuba aktiviti zipline. Dikendalikan oleh pihak Rentas Adventure yang mengendalikan Rope Swing,   Zipline di Kuala Kubu Bharu ini, anda akan meluncur laju dari ketinggian 60 meter sejauh 200 meter. Boleh warm up kan diri anda dahulu untuk mencuba zipline sebelum anda mencuba aktiviti Rope Swing.

Sungai Chiling Kuala Kubu Bharu 

Air Terjun Sungai Chiling atau juga lebih  dikenali sebagai Santuari Ikan Sungai Chiling sememangnya  menjadi  destinasi popular untuk anda  bersantai dan meluangkan masa bersama kawan-kawan serta keluarga di hujung minggu.

Anda perlu berjalan kira-kira  20 minit dari jalan besar melalui denai yang disediakan untuk sampai ke air terjun ini. Menjanjikan pemandangan yang cantik, air terjun di sini juga jernih dan sejuk. Hanya dibuka kepada pengunjung pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, bergembira dan beriadah bersama rakan-rakan dan keluarga anda di Air Terjun SUngai Chiling ini.

Lata Makau Kuala Kubu Bharu

Selain Air Terjun Sungai Chiling, terdapat lagi satu tempat air terjun yang boleh anda beriadah iaitu Lata Makau Kuala Kubu Bharu. Perjalanan ke Lata Makau ini agak mencabar kerana anda perlu mendaki dan meredah hutan selama dua – tiga jam untuk sampai ke destinasi. Namun,  setibanya anda di destinasi Lata Makau ini, anda akan  akan melihat pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan dengan air terjunnya yang sangat jernih dan dingin  berbanding air terjun yang lain. Destinasi  Lata Makau ini sesuai buat mereka yang gemarkan aktiviti-aktiviti lasak seperti mendaki bukit dan jungle trekking di dalam hutan.

Taman Milenium

Untuk anda yang ingin piknik dan beriadah bersama keluarga sewaktu anda menginap di kawasan sekitar Kuala Kubu Bharu ini bolehlah singgah ke Taman Milenium di Kuala Kubu Bharu ini. Taman rekreasi bertasik yang terkenal ini sesuai jikalau anda ingin berjogging atau bersiar-siar bersama keluarga anda. Lengkap dengan kemudahan asas seperti laluan pejalan kaki berbata, taman permainan kanak-kanak, gerai kecil dan pondok rehat.

Bukit Kutu

Buat anda yang gemarkan aktiviti hiking, apa kata anda cuba mendaki Bukit Kutu yang berketinggian 1090 meter yang terletak di Kuala Kubu Bharu ini. Pendakian mengambil masa sehingga 4 jam untuk sampai ke puncak ini bermula dengan perjalanan melalui perkampungan orang Asli yang tidak jauh dari Empangan Hulu Selangor.  Anda akan menemui dua buah gua yang dikenali sebagai Gua Air dan Gua Kambing sebelum tiba di puncak.

Dahulunya dikenali sebagai Treacher’ Hill, Bukit Kutu ini mempunyai pelbagai tinggalan sejarah sewaktu zaman pemerintahan British dahulu. Nama Treacher’s Hill itu pun diambil sempena nama Sir William Hood Treacher yang menemui tempat ini pada tahun 1893.