Selain daripada terkenal dengan Gunung Kinabalu, Sabah juga terkenal dengan pulau-pulaunya yang dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut dan batu karang yang mempesonakan. Justeru tidak hairanlah pulau-pulau seperti Mataking, Mabul, dan Sipadan antara pulau yang sentiasa menjadi destinasi percutian kerana keindahannya akan memukau pengunjung yang datang.
Tapi tahukah anda, di Sabah terdapat pulau tersembunyi yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang lain dari yang lain iaitu Pulau Mari Mari Sepanggar. Sebuah pulau yang terletak 10 minit perjalanan dengan bot dari Kota Kinabalu, pulau ini menjanjikan sebuah percutian yang bermakna buat pengunjung yang hadir.
Memandangkan pulau ini baru sahaja dibuka, untuk itu terdapat hanya beberapa jumlah pengunjung sahaja yang dibenarkan melawat pulau ini. Jadi pengunjung yang hadir boleh bermain dan bercuti tanpa sebarang gangguan.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah:-
- Stand Up Paddle Board
- Kayaking
- Sea Walking
- Parasailing
- Jet Ski
- Guided Boat Snorkeling
- Banana Boat
- Island Excursion
- Leisure Dive
- Scuba Dive
