Beri makan haiwan di G2G Animal Farm

G2G Animal Garden yang terletak di MAEPS Serdang, Selangor ialah petting zoo yang berkonsepkan Argo Pelancongan. Di sini terdapat lebih 60 spesis haiwan jinak dan haiwan eksotik yang anda dan keluarga boleh belai dan dekati. 

Haiwan-haiwan yang menjadi tumpuan di sini antaranya ialah kambing, arnab, lembu, hamster, reptilia, kuda dan burung-burung pelbagai spesis. Jika anda berkeluarga, bawalah anak-anak untuk melihat dan menyentuh haiwan-haiwan pelbagai jenis ini dengan lebih dekat. Kanak-kanak pastinya akan berasa seronok sehingga tidak mahu balik.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di G2G Animal Garden Maeps:-

  • Menunggang kuda pedati
  • Melawat rumah spesis haiwan reptilia
  • Memberi makan kepada haiwan seperti kambing, arnab dan burung.
  • Mendekati burung unta, rakun, meerkat dan prairie dog.

Harga Tiket G2G Animal Garden

*Pemegang Mykad

  Walk-In Tripcarte.Asia
Kanak-kanak RM 15 RM 13.80
Dewasa RM 20 RM 18.40

Lokasi: Jalan MAEPS 4/1, Fasa 3 Presint 9, 43400 Serdang, Selangor
Waktu Operasi: BUKA Setiap Hari kecuali Hari Selasa (10pagi – 6petang)