5 tempat terbaik untuk anda melawat Orang Utan

Orang Utan merupakan antara tiga spesies beruk besar yang banyak boleh dijumpai di pulau-pulau Asia Tenggara. Namun begitu, pembangunan dan pembalakan telah memusnahkan banyak habitat semula jadi orang utan yang membuatkan orang utan kini diancam kepupusan. Kini, disebabkan jumlah orang utan kini kian pupus kerana kemusnahan habitat, kini orang utan hanya terdapat di hutan hujan Borneo, dan Sumatera sahaja.

Tetapi anda usah risau, kerana kini terdapat banyak pusat rehabilisasi orang utan yang diwujudkan untuk melindungi spesis orang utan ini. Berikut merupakan 5 tempat terbaik untuk anda melawat orang utan di Malaysia

Orang Utan Island, Perak

Satu-satunya pusat perlindungan orang utan yang terdapat di Semenanjung Malaysia kerana kebanyakan pusat perlindungan orang utan berada di Sabah & Sarawak. Terletak di Bukit Merah, Perak, dan merupakan sebahagian daripada pusat peranginan Laketown Bukit Merah, pengunjung akan di bawa ke pulau Orang Utan yang terletak berdekatan sini.

Di pulau ini pengunjung boleh melihat orang utan ini menjalani kehidupan seharian mereka dengan bebas di pulau ini.

Pusat Hidupan Liar Matang, Sarawak

Pusat Hidupan Liar Matang ini terletak kira-kira 35 km dari bandar Kuching. Di sini pengunjung boleh melihat pelbagai jenis haiwan yang dirawat dan dalam proses pemulihan seperti beruang matahari, burung kenyalang dan juga orang utan.

Semenggoh Orang Utan Rehabilitation, Sarawak

Di Semenggoh Orang Utan Rehabilitation ini merupakan satu usaha untuk memelihara flora dan fauna yang terdapat di hutan Sarawak. Telah dibuka sejak tahun 1975, di sini terdapat sehingga 28 ekor orang utan yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia. Di sini juga anda berpeluang untuk memberi makan kepada orang utan selain daripada melihat mereka menjalani kehidupan dengan bebas.

Pusat Luar Lembah Danum, Sabah

Lembah Danum yang terletak di Lahad Datu ini merupakan kawasan seluas 400km persegi yang dijadikan sebagai habitat kepada pelbagai spesis haiwan yang terancam seperti Gajah Asia, Kera Bangkatan, Harimau Dahan, Harimau Bintang dan juga Orang Utan. Selain itu juga, sebanyak 300 spesis ekor burung direkodkan di kawasan ini.

Cuba juga jambatan gantung sepanjang 100meter yang terdapat di sini, dan sambil berjalan di jambatan di sini anda boleh melihat haiwan-haiwan ini pada ketinggian 40 meter.

Kawasan Simpanan Hidupan Liar Tabin, Sabah

Lokasi yang ditubuhkan pada tahun 1984 ini bertujuan untuk memelihara haiwan-haiwan yang kian pupus di wilayah ini. Kawasan ini bukan sahaja menjadi tempat perlindungan buat orangutan malahan tempat perlindungan  kepada spesis flora dan fauna termasuklah gajah, burung enggang, harimau bintang dan tarsier barat.

Di sini, sebelum orang utan di bawa ke Kawasan Simpanan Hidupan Liar Tabin ini, mereka akan melalui proses pemulihan terlebih dahulu di Sepilok sebelum dilepaskan di sini.