Terbang tinggi dengan Flyboard di Putrajaya

Anda seorang yang  sukakan mencuba sesuatu yang baru  yang mampu menguji adrenalin dan keupayaan anda? Kalau begitu hujung minggu ini anda perlu ke Tasik Putrajaya untuk mencuba Flyboarding.

Apa itu Flyboard?

Flyboard ini merupakan sebuah jetpack air yang diperkenalkan di Perancis pada tahun 2012 sebelum memasuki Malaysia pada dua tahun kemudiannya. Flyboard ini membolehkan anda untuk terapung di udara dengan tekanan air yang disalurkan pada kasut khas dipakai.

Mencuba Flyboard ini tidak mudah kerana anda perlu memakai kasut khas yang seberat lapan kg sambil perlu mengimbangi kedudukan badan anda di udara tanpa sebarang sokongan.

Terdapat hos getah khas yang disambungkan antara kasut Flyboard dengan jet ski yang berperanan untuk mengepam air ke dalam kasut tersebut sekaligus membuatkan anda seolah-olah sedang terbang di atas air.

Harga Tiket Flyboard Experience Malaysia
Standard RM 315

*tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 10 tahun