Taman Tema Air terbaru di Langkawi untuk anda kunjungi

Setelah sekian lama, kini Langkawi telah mempunyai taman tema airnya yang pertama yang dikenali sebagai Splash Out. Taman tema seluas empat hektar ini turut menempatkan gelongsor air setinggi bangunan enam tingkat yang pastinya menjadi tarikan pelancongan terbaru di pulau ini.

Di Splash Out yang baru dibuka pada Ahad 15 Dec, ini menawarkan pelbagai aktiviti dan tarikan menarik buat pengunjung yang hadir. Tersedia Sembilan jenis simulasi ombak yang mencabar dan pastinya memberi pengalaman yang baharu buat pengunjung tidak kira peringkat umur.

Selain itu, terdapat juga banyak lagi tarikan-tarikan menarik seperti Ragin Racers, Splash – Tacular, Shipwreck Falls, Splash Twister, Poseidon Revenge, Perfect Storm, Big Splash Kingdom, Splash Twister dan banyak lagi.

Pengunjung juga jangan lepaskan peluang untuk ke Perfect Storm dan menaiki mangkuk parabola atas rakit dengan putaran kaleidoskop sebelum anda jatuh pada kelajuan 50 kilometer sejam.

Pastinya pengunjung akan menikmati waktu yang menyeronokkan sewaktu anda ke Splash Out Langkawi ini.

Sewaktu berkunjung ke Langkawi, ambil juga peluang ini untuk melawat tempat-tempat menarik di Langkawi. Layari www.tripcarte.asia untuk percutian yang menyeronokkan.