Makan malam romantik dan mengujakan di Lounge in the Sky

Kini selain Dinner In The Sky, terdapat satu lagi tarikan terbaru yang dibawa khas oleh TwoSpicy Entertaiment iaitu Lounge in The Sky di Elements KL.

Alami pengalaman makan malam yang luar biasa dengan berlatar belakangkan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur. Terletak di Elements Kuala Lumpur, TREC, Jalan Tun Razak. Lounge In The Sky ini akan membawa anda menikmati makan malam pada ketinggian 150 kaki. Tinggi bukan?

Namun anda usah risau kerana Lounge In The Sky ini telah diperakui oleh TÜV SÜD iaitu sebuah organisasi German yang mengesahkan keselamatan semua jenis produk.

Mampu memuatkan sehingga 32 orang pengunjung bagi setiap satu sesi dan juga tambahan dengan persembahan muzik secara lansung, peluang ini memang tidak boleh anda lepaskan.  

Harga Pakej

Economy Class Business First Class Laurent Perrier Elite Laurent Perrier Luxe
RM219.30 RM329.50 RM549.90 RM770.30 RM1100.90

*Harga yang dipaparkan adalah mengikut harga yang ditawarkan di tripcarte.asia