Bawa keluarga anda ke Sanrio Hello Kitty & Thomas Town sebelum terlambat.

Berita sedih buat penggemar Hello Kitty dan Thomas & Friends kerana dikhabarkan bahawa pusat tarikan ini bakal ditutup pada hujung tahun 2019 iaitu pada 31st December ini.

Pusat tarikan yang dibuka pada tahun 2012 ini telah beroperasi selama 7 tahun dan sering menjadi lokasi pilihan pada ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak kecil.

Pastinya penutupan Sanrio Hello Kitty akan meninggalkan kesan kerana anda tidak akan dapat lagi menyaksikan keletah comel Hello Kitty dan kawan-kawannya, namun begitu anda masih berpeluang untuk melawat tempat ini buat kali terakhir sebelum ianya ditutup.

Memandangkan sekarang sedang musim cuti sekolah, apa kata anda luangkan masa satu hari untuk ke Puteri Harbour ini melawat taman tema ini bersama keluarga anda? Luangkan masa anda, bergembira bersama keluarga di Sanrio Hello Kitty dan Thomas Town ini.