Melawat Taj Mahal, Lambang Cinta Shah Jahan kepada Mumtaz Mahal

Sejarah Taj Mahal

Taj Mahal yang bermaksud Mahkota Istana merupakan bangunan yang dibina oleh Shah Jahan sebagai lambang cinta dan tanda ingatan buat isterinya Mumtaz Mahal.

Dibina pada tahun 1632, setahun setelah kematian Mumtaz, bangunan ini merangkumi bahagian dewan, taman rekreaksi, masjid, menara tinjau dan lain. Di bahagaian bawah tanahnya, bangunan ini menempatkan makam Shah Jahan dan juga Mumtaz di bahagian tengah Taj Mahal yang di jaga rapi.

Bangunan bercirikan seni bina Dinasti Mughal,  bahagian bumbung, kubah dan menara  bangunan Taj Mahal ini diperbuat daripada batu marmar putih dan juga seni mozek yang cantik. Sebanyak 43 jenis batu permata telah digunakan dalam pembinaan Taj Mahal yang terdiri daripada berlian, nilam, topaz dan banyak lagi.

Bangunan Taj Mahal ini mengambil masa selama 22 tahun untuk siap sepenuhnya. Diketuai oleh Ustaz Ahmad yang bertindak sebagai arkitek dan juga seramai 200,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas dan pengukir yang terkenal dari seluruh dunia.

Taman rekreakis Taj Mahal mempunyai laluan-laluan yang dihiasi dengan bunga indah yang bercirikan Inggeris. Dan juga terdapat  empat charbahg yang melambangkan  empat sungai utama di India yang mengalir dari syurga.

Keindahan Taj Mahal

Pastinya sebab utama untuk melawat Taj Mahal ini ialah untuk melihat keindahan bangunan yang tersenarai dalam 7 keajaiban dunia oleh UNESCO dan juga bergambar di bangunan yang tersegam indah ini.  Selain itu, sebab lainya ialah untuk melihat keindahan matahari terbit dan terbenam yang akan memberikan pengalaman yang berlainan buat pengunjung. Ini kerana bangunan Taj Mahal ini kelihatan berbeza mengikut perubahan cahaya. Jika pengunjung datang pada waktu subuh, anda akan melihat bangunan ini berwarna seakan-akan warna putih atau merah jambu pudar, dan pada sebelah petangnya pula, Taj Mahal ini akan berwarna seakan kuning keperakan. Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk bergambar di bangku marmar ‘Diana Bench’ iaitu di tempat di mana Puteri Wales bergambar pada tahun 1992.

Bagaimana untuk ke Taj Mahal?

Taj Mahal ini terletak di Agra, India dan masih berdiri teguh di Sungai Yamuna meskipun telah berusia 364 tahun dan pernah mengalami kerosakan. Perjalanan ke Agra ini mengambil masa kira-kira 3 jam dari Delhi bergantung kepada keadaan trafik.