Persembahan Seni menakjubkan hanya di Encore Melaka.

Pemandangan petang di Encore Melaka

Jika anda ke Pantai Klebang pastinya anda akan melihat sebuah bangunan berwarna putih seakan awan yang tersegam indah dengan tanda nama Encore Melaka. Sebuah teater seni persembahan yang terbesar di Asia Tenggara dilengkapi dengan platform yang berpusing 360 darjah. Anda pasti akan terkesima dengan persembahan yang dipersembahkan oleh hampir 200 penari tempatan.

Persembahan selama 75 minit ini akan memukau dan membuat anda terpaku dengan visual yang dipersembahkan kepada anda. Dari set pentas, projektor LED sehinggalah kepada prop pentas yang digunakan, anda tidak akan terasa masa berlalu dengan pantas.

Bangunan yang terletak berhadapan dengan Selat Melaka ini menjanjikan satu pemandangan yang pastinya memukau anda terutama pada waktu malam dan juga matahari terbenam. Hanya terletak 15 minit daripada Jonker Street, anda tidak boleh lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan ini.