20 Tempat Popular Sekitar Kuala Lumpur (Edisi 2019)

Kuala Lumpur, ibu kota yang menjadi pusat kebudayaan, perniagaan dan juga  kewangan di Malaysia. Sering kali, Kuala Lumpur dianggap sebagai sebuah bandaraya yang padat dan dikelilingi bangunan-bangunan tinggi. Meskipun begitu, Kuala Lumpur sebenarnya mempunyai pelbagai tempat-tempat menarik dan popular yang boleh dikunjungi. Dari aktiviti lasak, santai dan banyak lagi aktiviti yang boleh di cuba oleh anda. Kuala Lumpur juga merupakan syurga untuk mereka yang gemar membeli-belah kerana terdapat banyak pusat membeli-belah yang  tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Anda hanya perlu sediakan diri anda untuk teroka bandaraya Kuala Lumpur.

Aquaria KLCC

Aquaria KLCC

Aquaria KLCC merupakan tempat popular yang sering dikunjungi oleh keluarga terutama pada hujung minggu dan cuti sekolah kerana tempatnya terletak di tengah kotaraya KL.

Tempat tumpuan pengunjung luar dan dalam negara ini menempatkan pelbagai hidupan marin dan akuatik yang eksotik. Menjadi antara 5 akuarium terbaik di Asia, anda dapat melihat ikan jerung, penyu, piranha dan banyak lagi. Sebaiknya anda rancang perjalanan anda ke sini bagi membolehkan anda melihat sendiri bagaimana pekerja di sini memberi makan kepada hidupan marin yang terdapat di sini.

 Harga tiket Aquaria KLCC

* Kanak-kanak bawah 3 tahun : Percuma

 Kanak-Kanak (RM)Dewasa (RM)Warga Emas (RM)
Warganegara3943 35
Pelancong Asing595644

Kalau anda beli secara online, harga tiket akan lebih murah berbanding anda beli kaunter tiket. Semak harga tiket Aquaria KLCC di Tripcarte.Asia

Central Market @ Pasar Seni

Pasar Seni

Central Market atu Pasar Seni ini merupakan tempat tumpuan buat pengunjung terutama dari luar negara untuk mencari cenderahati atau ole-ole untuk dibawa balik ke negara masing-masing.

Pelbagai jenis kraftangan, dan produk buatan Malaysia yang boleh didapati di Pasar Seni ini seperti baju kelawar, sarong, kain batik dan banyak lagi.

Bangunan Pasar Seni yang dibina pada tahun 1988 ini terletak berdekatan Dataran Merdeka, Petaling Street dan juga Masjid Jamek yang menjadikannya sebagai one point centre buat pengunjung yang datang.

KL Upside Down House

Foto: Zaza Iman

Menjadi tarikan terbaru di Kuala Lumpur, KL Upside Down House ini merupakan rumah terbalik pertama di KL  dan tertinggi di Malaysia. Padat dengan pengunjung terutama pada hari minggu dan cuti, KL Upside Down ini menjanjikan pengalaman yang mengujakan buat anda dan keluarga. Hiasan dalam rumah yang berwarna-warni ini cukup untuk membuatkan  anak-anak kecil teruja dengan KL Upside Down.

Harga Tiket KL Upside Down House

*Kanak-kanak bawah 3 tahun : Masuk Percuma

Harga tiket yang dinyatakan ialah harga yang dijual oleh Tripcarte.Asia

Kanak-Kanak (3-12 tahun)Dewasa
WarganegaraRM 14RM 19
Pelancong AsingRM 19 RM 24

Museum Of Illusions KL

Foto: Her Guilty Little Pleasure

Muzium ilusi yang pertama ini tersenarai sebagai 3 tarikan terbaik yang terbaik di Kl. Oleh itu, anda tidak boleh lepaskan peluang ini untuk ke Museum Of Illusions KL. Pelbagai ilusi menarik dipamerkan yang akan membuatkan anda dan pengunjung teruja. Terdapat beberapa bilik ilusi yang anda perlu cuba seperti Vortex Tunnel, Mirror Roo, Infinity Room dan banyak lagi. Terletak di tingkat 1& 2 Hotel Ansa, Bukit Bintang, mudah sahaja untuk anda ke sini.

Harga Tiket Museum Of Illusions

*Kanak-kanak bawah 5 tahun : Masuk Percuma

*Tiket Kanak-Kanak : 5 – 15 tahun

 Kanak-Kanak (RM)Dewasa (RM)Combo Keluarga (RM)
Warganegara202872
Pelancong Asing25.2032.4086.40

Petrosains KLCC

Lokasinya yang terletak di dalam Suria KLCC ini menjadikan Petrosains ini sentiasa dengan pengunjung terutama dalam kalangan pelajar sekolah. Di sini, anda akan meneroka dan belajar tentang dunia sains. Pelbagai informasi berkaitan dengan bidang sains petrolium dan teknologi yang boleh anda dan keluarga peroleh sewaktu di sini.

Harga Tiket Petrosains KLCC

*Kanak-kanak bawah 2  tahun: Masuk Percuma

  Kanak-Kanak (3-12 tahun)Dewasa (13- 60 tahun) Warga Emas (61 tahun & ke atas)
WarganegaraRM 7.50RM 18.50RM 9.00
Pelancong AsingRM 16.50RM 28.00RM 14.00

Taman Tema Indoor Berjaya Times Square

Taman tema indoor terbesar di Malaysia ini terletak di dalam Berjaya Times Square yang merupakan pusat beli-belah yang menempatkan lebih 1000 buah kedai. Di taman tema ini,  tarikan popular ialah  Supersonic Odyessey iaitu roller coaster yang berkelajuan sehingga 80 km/h ini akan membuatkan anda menjerit ketakutan. Kalau anda takut mencuba roller coaster, terdapat juga tarikan dan permainan lain boleh anda cuba di bahagian Fantasy Garden.

Harga Tiket Taman Tema Berjaya Times Square

*Kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah: Masuk Percuma

 Kanak-Kanak (3-12 tahun)Dewasa (13-54 tahunWarga Emas (55 tahun & ke atas)
WarganegaraRM 45RM 55RM 20
Pelancong AsingRM 65RM 70RM 30

Dataran Merdeka

Antara destinasi wajib pergi jika anda datang ke Kuala Lumpur, Dataran Merdeka ini menjadi tempat perarakan Hari Kemerdekaan. Di sini, terletaknya tiang bendera yang tertinggi di Malaysia. Menjadi destinasi bersantai bersama keluarga, anda dapat melihat pelbagai bangunan dan muzium yang terdapat di keliling Dataran Merdeka ini seperti Galeri KL, Muzium Tekstil, Bangunan Sultan Abdul Samad dan River of KL. Selain itu, jangan lepaskan juga peluang untuk ke Panggung Teater DBKL untuk menyaksikan teater MUD: The Story of KL. 

Muzium & Galeri Seni Bank Negara

Muzium yang kian popular dalam kalangan pengunjung ini kerana tempatnya yang  menarik dan instagrammable ini menjanjikan kelainan berbanding muzium yang lain. Muzium yang digabungkan dengan galeri seni ini memberi peluang kepada pengunjung untuk mempelajari dan mengenali tentang kepentingan ekonomi dan juga perbankan Islam di bahagian Muzium. Sementara di bahagian galeri seni pula, pengunjung dapat melihat koleksi- koleksi seni Bank Negara dari Asia Tenggara yang diperolehi sejak tahun 1962.

Selain itu, tarikan utama di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara ini pastinya ikon Nautilus iaitu tangga yang bermula dari lobi dan menghubungkan setiap aras. Tidak rugi anda dan keluarga datang ke sini, kerana selain bergambar, boleh juga anak-anak anda belajar tentang pengurusan wang.

Royal Selangor Visitor Centre

Kalau anda ingin belajar tentang seni pembuatan pewter, anda boleh belajar di Royal Selangor Visitor Centre. Anda boleh berjalan melihat pameran pewter dan melihat secara lansung demo pembuatan pewter. Selain itu juga anda dapat mengetahui  tentang sejarah Royal Selangor yang diasaskan oleh Yong Koon. Jika anda ingin ke Visitor Centre ini, anda boleh menggunakan perkhidmatan van yang disediakan oleh pihak Royal Selangor.

Taman Eco Rimba KL

Siapa sangka di tengah bandaraya Kuala Lumpur terdapat hutan simpan yang anda boleh kunjungi. Terletak di Bukit Nanas berdekatan dengan Menara Kuala Lumpur, di sini anda dapat merasai ketenangan kerana anda akan dikelilingi oleh alam semula jadi. Di sini terdapat trek jalan kaki dan canopy walk yang memudahkan pengunjung untuk melihat keindahan sekeliling di tempat tinggi. Masuk ke Taman Eco Rimba KL adalah percuma, jadi buat anda yang ingin mencari ketenangan dan lari dari kesibukan kerja, ambillah udara segar dan cas semula diri anda di sini.

The Rift Mid Valley

Mid Valley merupakan antara pusat beli-belah terbesar di Kuala Lumpur. Selain membeli-belah di Mid Valley ini, anda juga boleh mencuba tarikan terbaru yang terdapat di sini iaitu The Rift Mid Valley. The Rift ialah tarikan terbaru yang dibuka pada tahun 2018 ini merupakan taman tema hibrid Virtual Realiti (VR) / Augmented Reality (AR)  pertama dan terbesar di Malaysia. Mempunyai permainan realiti yang berubah-ubah, dan mencabar fizikal anda, antara permainan yang terdapat di sini ialah Zero Latency, Hado, Beat Saber, TerminatorX, Hurricane VR dan banyak lagi. Jadi buat kaki gamers dan mereka yang ingin cuba permainan baru, datanglah ke The Rift ini.

Harga Tiket The Rift Mid Valley

4 Kredit8 Kredit12 Kredit
RM36.10RM71.25 RM104.50

Menara KL

Bangunan kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara KLCC ini selain berfungsi sebagai menara telekomunikasi, ianya juga mempunyai tarikan lain seperti restoran berputar 360 darjah dan juga observation deck untuk anda melihat pemandangan bandaraya Kuala Lumpur. Kini, terdapat tarikan terbaru di Menara KL iaitu Skybox KL Tower.

Skybox Kl Tower  ini seakan sebuah kotak yang berdinding dan berlantaikan gelas kaca setebal 3 inci dan 3 lapisan. Buat anda yang berani dan sukakan ketinggian, anda boleh cuba tarikan ini kerana anda akan berdiri di lantai gelas kaca tersebut pada ketinggian 300 meter. Anda juga dapat bergambar berlatar belakangkan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang indah. Jadi, bawa kawan atau pasangan atau keluarga anda ke sini dan percutian anda akan menjadi satu pengalaman indah.

Sky Bridge KLCC

Melawat SkyBridge  KLCC ini patut termasuk dalam list bercuti di Malaysia. Tidak lengkap jika anda hanya melawat kawasan sekitar KLCC dan bergambar dari luar Menara Berkembar Petronas ini. Tahu atau tidak, sebenarnya anda berpeluang untuk melawat naik ke bangunan tertinggi di Malaysia ini. Pastinya, lawatan ini akan menjadi pengalaman yang mengujakan buat keluarga, kawan mahupun pasangan anda.

Skybridge KLCC ini sebenarnya merupakan jambatan yang menghubungkan kedua menara berkembar dan terletak di tingkat 41 & 42. Setelah anda ke SkyBridge, anda kemudian akan dibawa ke tingkat 86 dari 88 tingkat di menara berkembar ini. di sini anda boleh melihat pemandangan bandaraya Kuala Lumpur dari tempat tinggi .

Taman Botani Perdana @ Perdana Botanical Garden

Foto: Jay Nong

Taman yang sebelum ini digelar sebagai Taman Tasik Perdana atau Lake Garden ini merupakan sebuah taman di tengah kota Kuala Lumpur. Menjadi pilihan warga kota terutamanya untuk bawa keluarga beriadah dan bersantai mahupun berjogging. Terdapat juga taman permainan yang besar untuk anak-anak kecil bermain dengan sepuas hati mereka.

Tidak jauh dari taman ini juga, terdapat taman lain dan tempat menarik yang anda boleh lawati bersama keluarga anda seperti Taman Rusa & Kancil, Taman Burung, Planetarium, dan Taman Rama-rama.

Selain itu,  taman ini selalu menjadi pilihan buat pasangan berkahwin untuk menangkap gambar perkahwinan mereka. Dengan taman yang luas dan landskap yang cantik,   jadi tidak pelik jika sepanjang anda berada di sini, anda akan melihat banyak pasangan dengan pakaian kahwin mereka menjadikan Taman Botani Perdana ini sebagai pilihan ideal tempat bergambar.

Taman Burung KL  @ KL Bird Park

Anda ingin bawa keluarga melihat dan bermain dengan burung-burung dengan dekat? Taman Burung KL yang terletak di Taman Botani Perdana ini merupakan destinasi yang sesuai untuk anda lawati bersama keluarga anda.

Taman burung yang berkeluasan 20.9 ekar ini menempatkan sehingga 3,000 ekor burung dari pelbagai spesies seperti burung helang, burung enggang, burung hantu dan banyak lagi.  Oleh kerana tempatnya luas, taman ini dibahagikan kepada 4 zon utama iaitu:-

  • Zon 1 dan 2 adalah tempat penerbangan bebas. Burung-burung dibiarkan terbang dan berkeliaran.
  • Zon 3 ditetapkan khas sebagai Taman Enggang.
  • Zon 4 merupakan kawasan khas untuk pembiakan burung. Terdapat juga Amfiteater – iaitu tempat pertunjukan burung yang diadakan setiap hari.

Harga Tiket Taman Burung KL

 Kanak-KanakDewasa
WarganegaraRM 12RM 25
Pelancong AsingRM 42RM 63

Taman KLCC @ KLCC Park

Taman KLCC ini sememangnya popular dan penuh dengan pengunjung tidak kira pagi atau malam memandangkan tempatnya yang dekat dengan tempat popular seperti Suria KLCC dan Aquaria KLCC. Di tengah taman ini juga terdapat tasik yang akan membuat persembahan air pancut berwarna-warni mengikut iringan lagu pada sebelah malam. Jadi, jika anda ingin relakskan diri dan menikmati hari petang atau malam anda setelah penat bekerja, jangan lupa datang ke Taman KLCC ini.

Galeri Batik JADI

Kalau sebut batik sahaja mesti terfikir kalau nak belajar mencanting, anda perlu pergi sehingga ke Terengganu, Kelantan atau Pahang. Kini anda tak perlu pergi jauh untuk belajar mencanting batik ini kerana anda boleh buat semua itu di Galeri Batik Jadi. Galeri Batik  Jadi ini merupakan pusat batik dan kraftangan terbesar di Kuala Lumpur. Galeri ini menawarkan beberapa kelas mencanting batik jika anda berminat untuk sertai dan terdapat bayaran yang dikenakan untuk kelas tersebut. Tapi jika anda hanya ingin melihat proses mencanting, tiada bayaran dikenakan.

Selain itu, di sini juga turut menjual barangan kraftangan Malaysia seperti ukiran kayu, bakul rotan dan banyak lagi. Jadi buat anda yang ingin belajar tentang kesenian dan kraftangan Malaysi boleh lawati Galeri Batik JADI yang terletak di Jalan Inai, Imbi ini.

Muzium Negara

Muzium yang dibina pada tahun 1963 ini sebenarnya didirikan di atas tapak Muzium Selangor yang musnah pada Mac 1945 akibat Perang Dunia ke 2. Bangunan Muzium Negara direka bercirikan senibina Melayu tradisional ini menjadi menempatkan pelbagai tinggalan artifak dan bahan bersejarah dari zaman paleolitik, zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke pembentukan Malaysia.

Antara artifak dan bahan tinggalan sejarah yang penting yang dipamerkan seperti Keris Riau-Lingga yang menjadi hadiah perkahwinan Sultan Ahmad ibni Sultan Zainal Abidin III Terengganu, dan juga Patung Avalokitesvara – ditemui di sebuah lombong bijih timah milik Anglo Oriental, Bidor, Perak pada tahun 1936 dan Mural Hang Tuah.

Banyak yang boleh dipelajari sepanjang lawatan ke Muzium Negara ini. Dengan lokasinya yang mudah diakses oleh pengakutan awam seperti MRT Muzium Negara, anda tidak perlu berjalan jauh untuk sampai ke sini.

Taman Rama-rama KL

Antara tempat ideal jika anda ingin bawa keluarga bercuti sekitar Kuala Lumpur. Taman berkeluasan 80,00 kaki persegi ini menempatkan sehingga 6000 spesis rama-rama menjadikan tumbuhan eksotik sebagai habitat mereka.  Selain dapat melihat rama-rama ini berterbangan, anda juga boleh belajar dan melihat koleksi-koleksi rama-rama dan serangga eksotik di muzium yang terdapat di sini.

Meskipun, taman ini dikhaskan untuk rama-rama sahaja tetapi terdapat juga haiwan-haiwan lain di sini seperti penyu, unggas dan serangga eksotik. Selepas anda sekeluarga puas melawat taman ini, jangan lupa untuk singgah sebentar di kedai cenderahati untuk bawa pulang sedikit kenangan di taman ini.

Jalan Tunku Abdul Rahman @ Jalan Tar

Tempat paling popular terutama waktu perayaan seperti hari raya, Jalan Tar ini merupakan destinasi yang patut anda lawati jika anda ingin membeli barangan seperti pakaian, tudung dan macam-macam lagi. Selain itu, di sini juga sesuai buat anda yang seorang food hunter kerana terdapat pelbagai pilihan makanan tempatan yang boleh buat anda rambang mata untuk pilih.

Jalan Tar ini memang sentiasa penuh dengan pengunjung tidak kira masa kerana lokasinya yang strategik, berdekatan dengan Jalan Tar ini juga terdapat Sogo, Pertama, dan Jakel yang akan membuat anda tidak menang tangan untuk membeli-belah di sini.Klik link di sini jika anda ingin mengetahui pelbagai tempat menarik di Kuala Lumpur.