10 Pulau Menarik di Malaysia

Selain kaya dengan keindahan flora dan fauna, Malaysia juga kaya dengan keindahan pulau-pulau tropika baik di Semenanjung mahupun di kepulauan Borneo yang menjanjikan pemandangan yang mengagumkan dan mempesonakan. Buat anda yang ingin mencari tempat untuk bercuti atau tenangkan diri, tidak perlu pergi jauh, dalam negara juga terdapat pulau-pulau yang anda boleh nikmati keindahan alam semula jadi ini.

Pulau Kapas, Terengganu

Pulau Kapas telah menjadi satu nama yang tidak asing lagi di kalangan penggemar pantai dan pulau peranginan di Malaysia. Terletak 6km dari jeti Marang, Pulau Kapas ini cukup terkenal dengan keindahan lautya dan kos bercuti yang lebih murah berbanding dengan pulau-pulau lain. Pulau Kapas ini dikatakan namanya diambil daripada  nama pokok kapas yang kebiasaannya digunakan untuk membuat kapas atau kain, dan terdapat juga yang mengatakan bahawa pulau ini dinamakan sedemikian adalah kerana keindahan pasirnya yang putih bersih.

Meskipun Pulau Kapas ini hanyalah sebuah pulau kecil, tapi sebenarnya pulai ini cukup terkenal di negeri Pantai Timur. Jika anda inginkan percutian untuk menenangkan diri, Pulau Kapas ini patut menjadi salah satu pilihan anda. Anda boleh melakukan aktiviti seperti snorkeling, jungle trekking, berkayak, dan banyak lagi.

Di sini, selain dengan pantainya yang tenang dan mendamaikan, anda juga boleh mencuba aktiviti yang terkenal di sini iaitu mencandat sotong. Aktiviti ini rancak dijalankan pada bulan Jun – Julai setiap tahun, anda hanya perlu menyewa bot di jeti Marang untuk aktiviti ini.

Pulau Perhentian, Terengganu

Tahukah anda sebenarnya Pulau Perhentian ini sebenarnya terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Kecil. Menempatkan beberapa buah resort dan tempat penginapan, di sini anda boleh melakukan beberapa aktiviti seperti snorkeling, meluncur, dan aktiviti – aktiviti air yang lain.

Jika anda inginkan ketenangan dan kedamaian dan menikmati keindahan alam semula jadi, datanglah ke Pulau Perhentian.

Pulau Redang, Terengganu

Pulau yang terletak di perairan Laut China Selatan ini merupakan salah satu pulau yang terbesar di pantai timur negara dan juga menjadi tempat pemuliharaan penyu. Oleh itu, jika anda ingin melihat penyu, bolehlah ke Pulau Redang ini.

Selain pasirnya yang putih, di sini anda dapat melihat dua buah bangkai kapal yang bersejarah iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah tenggelam di sini pada awal Perang Dunia II.

Anda sekeluarga dapat menyertai banyak aktiviti menarik seperti jungle trekking, menyelam skuba, berenang dan snorkeling. Anda juga tidak boleh melepaskan peluang untuk melakukan aktiviti menyelam di lautan sekitar pulau ini terutamanya pada waktu tengahari ketika cahaya mentari menembusi air laut dan  memperlihatkan keindahan panorama hidupan marin, batuan karang dan ikan yang penuh warna-warni.

Pulau Rawa, Johor

Jangan terkeliru dengan Pulau Rawa di Johor dengan Pulau Rawa yang terdapat di Terengganu meskipun sama cantik tapi terletak di lokasi yang jauh berbeza. Pulau Rawa, Johor ini hanya terletak lebih kurang 16 km dari Mersing, Johor.

Dikeliling oleh lautan biru yang kaya dengan hidupan marin dan batu karang yang berwarna-warni dan hutan yang menghijau untuk anda teroka. Pelbagai aktiviti air dan aktiviti lasak yang boleh anda cuba seperti jungle trekking, snorkeling, dan banyak lagi.

Pulau Pemanggil, Johor

Jangan berasa pelik jika anda mendengar nama pulau ini. Meskipun namanya pelik, tapi pulau ini sangat cantik. Jika anda ke sini, anda perlu menempuh lautan sekitar 4 hingga 5 jam dari Jeti Mersing, Johor untuk ke meneroka pulau ini.

Walaupun, perjalanan agak lama untuk ke pulau ini, ketahuilah anda yang di sini terletaknya banyak lubuk rahsia yang kaya dengan tangkapan hasil laut buat anda yang suka dengan makanan seafood.

Pulau Besar, Johor

Pada awalnya lebih dikenali sebagai Pulau Babi Besar kerana dahulunya dihuni oleh babi-babi liar  sebelum ditukar kepada Pulau Besar.  Meskipun namanya kini dikenali sebagai Pulau Besar, pulau ini agak kecil kerana dengan kepanjangan dalam 4 km dan lebarnya 1 km. Namun begitu, terdapat pelbagai aktiviti yang ditawarkan buat anda seperti bola tampar pantai, dan juga belajar cara-cara untuk menangkap ikan dari penduduk setempat. Perjalanan ke pulau ini hanya mengambil masa 30 minit sahaja dari Jeti Mersing.

Pulau Mataking, Sabah

Kepulaun Borneo sememangnya kaya dengan pulau-pulau yang sangat cantik dan popular yang pastinya memberi panorama yang mengagumkan. Salah satunya ialah Pulau Mataking. Pulau ini terdiri daripada dua buah pulau iaitu Pulau Mataking Besar dan Pulau Mataking Kecil yang terletak berhampiran dengan sempadan Filipina.

Untuk menuju ke pulau ini, anda perlu mengambil bot dari pekan Semporna, dan masa yang diambil untuk sampai ke pulau ini adalah dalam 40 minit. Memandangkan kedua buah pulau ini terletak agak dekat, anda boleh berjalan kaki menuju ke Mataking Kecil sekiranya air surut. Fasiliti yang lengkap terletak di Pulau Mataking Besar kerana di sini terdapat tempat penginapan.

Tarikan yang anda harus kunjungi ketika di pulau ini pastinya pejabat pos bawah airnya yang unik. Keunikan pejabat pos ini ialah ia merupakan pejabat pos yang sebenar di mana anda boleh menghantar surat buat insan tersayang.

Pulau Sipadan, Sabah

Pulau ini merupakan antara pulau yang popular di Malaysia. Menjadi lokasi skuba kelima terbaik di dunia, pulau ini patut ada dalam bucketlist anda. Menawarkan pemandangan panorama dasar laut yang cukup indah buat anda yang suka dengan laut. Selain itu, Pulau Sipadan ini kaya dengan terumbu karang yang berwarna-warni dan kepelbagaian spesies ikan yang terdapat di dasar lautnya.

Demi menjaga kelansungan dan memelihara terumbu karang dan spesis ikan disini dan juga keindahan semula jadi pulau ini, anda hanya boleh berada di Pulau Sipadan ini sehingga pukul 6 petang. Selain itu, memandangkan pulau ini menjadi tumpuan para penyelam skuba, hanya 120 orang penyelam sahaja dibenarkan menyelam dalam sehari untuk menjaga kebersihan dan keselamatan hidupan marin di sini.

Buat anda yang berminat meneroka kawasan perairan di sekitar Pulau Sipadan ini, antara lokasi hotspot menyelam untuk anda ialah Coral Garden, Drop Off, Barracuda Point dan Turtle Cavern.

Pulau Mabul, Sabah

Selain Pulau Sipadan, Pulau Mabul juga antara pulau yang patut ada dalam bucketlist anda. Terkenal dengan keindahan alam semula jadinya kerana jaraknya agak jauh dari bandar, percutian ke Pulau Mabul ini  dapat merehatkan minda anda dan menenangkan jiwa. Dikelilingi oleh pantai yang berpasir, di sini anda boleh melihat keindahan matahari terbit jika anda bangun pada awal pagi.

Pada sebelah malam pula, anda boleh menyaksikan keindahan cahaya bintang gemerlapan yang cukup jelas memandangkan tempat ini jauh dari pencemaran cahaya atau red polution. Seperti Pulau Sipadan, Pulau Mabul  juga salah satu lokasi untuk penyelaman air cetek (muck-diving).

Pulau Gaya, Sabah

Perkataan ‘Gaya’ untuk pulau ini sebenarnya di ambil dari perkataan Bajau iaitu ‘Gayo’ yang bermaksud besar. Dengan keluasan 3700 ekar dan berketinggian leboh 300 meter dari paras air laut, Gaya Island ini merupakan pulau yang terbesar berbanding pulau-pulau yang menjadi sebahagian daripada Taman Negara Tunku Abdul Rahman.

Jika anda ke Pulau Gaya ini, anda boleh ke pantai bergelar Police Beach iaitu sebuah lokasi berenang yang cukup menarik. Di pantai ini, anda dapat menyelam sambil menikmati pemandangan dasar laut yang jelas. Perjalanan untuk ke pulau ini juga tidak lama iaitu hanya 10 minit perjalanan dari Kota Kinabalu. Jadi, cubalah anda ke sini untuk bercuti.

Pulau Pangkor, Perak

Pulau Pangkor, Perak ini kaya dengan sejarah kerana pernah menjadi kubu pertahanan Belanda daripada serangan musuh dan tempat di mana Perjanjian Pangkor 1874 ditandatangani. Tinggalan sejarah seperti Batu Bersurat, Kota Belanda, kawasan perkuburan Belanda sehingga kini boleh dilihat anda sewaktu berkunjung ke sini.

Namun, jangan lupa tarikan utama di Pulau Pangkor ini iaitu pantai dan pulau yang terdapat di sekitarnya seperti Pulau Giam, Pulau Mentangor dan Pulau Pangkor Laut. Menjanjikan satu destinasi percutian yang menarik buat anda, tempat yang berkeluasan 2,200 hektar ini mempunyai banyak aktiviti-aktiviti yang boleh anda lakukan dari mencandat sotong, snorkeling, jungle treking dan banyak lagi.

Pulau Tioman, Pahang

Antara pulau yang paling indah  di dunia ini, sewaktu dalam perjalanan ke Pulau Tioman sahaja anda sudah disajikan dengan pemandangan indah dua puncak Gunung Simukut tersergam indah. Belum lagi anda tiba ke destinasi yang dituju iaitu Pulau Tioman.

Di pulau ini, terdapat banyak aktiviti yang boleh anda rancang dari melawat air terjun, mendaki gunung, menyelam skuba, sehinggalah kepada meneroka hutan. Jika anda meneroka hutan, terdapat banyak trek-trek tersedia mengikut kemampuan dan stamina anda dengan laluan terpendek sejauh 2km manakala terpanjang sejauh 8km. Di Pulau Tioman ini, anda cuma perlu fikirkan mengenai stamina anda sahaja memandangkan terdapat aktiviti menarik yang anda perlu cuba.

Pulau Langkawi, Kedah

Tidak lengkap senarai ini jika tidak menyenaraikan Pulau Langkawi sekali. Dikenali sebagai pulau lagenda kerana cerita lagenda Mahsurinya, Pulau Langkawi merupakan pulau yang sering menjadi destinasi utama percutian buat keluarga.

Disini, anda dapat bersantai dan relaks sambil menikmati keindahan alam semula jadi  di pulau-pulau yang  ada seperti Pulau Dayang Bunting, Pulau Payar dan banyak lagi. Selain itu, di Langkawi juga, menawarkan pelbagai tempat dan aktiviti menarik dari Dataran Helang, Langkawi Cable Car, Island Hoping, Kilim Geoforest dan banyak lagi. Dari aktiviti santai sehinggalah aktiviti lasak, semuanya ditawarkan di Langkawi ini.

Kalau anda seorang peminat coklat juga, jangan lupa untuk borong coklat kerana pulau Langkawi ini ialah pulau bebas cukai. Jadi anda boleh borong sebanyak mana yang anda suka.