The Lost World of Tambun | Perak

Taman tema Lost World Of Tambun ini merupakan taman tema semula jadi terbesar di Malaysia yang terletak di kawasan Tambun, Perak dan dikelilingi oleh kawasan batu kapur. Dikendalikan oleh Sunway Group, taman tema seluas  40 ekar ini menempatkan sehingga 10 taman dengan sehingga 64 tarikan buat pengunjung yang hadir.

Sentiasa dipenuhi oleh pengunjung terutama pada musim cuti sekolah dan cuti umum, tempat ini memang padat dengan aktiviti buat pengunjung sekeluarga. Anda boleh bermain gelongsor air di Lost World of Tambun Water Park, bermesra bersama haiwan di Lost World Petting Zoo atau cabar diri anda di Lost World Adventure Park.

Seharian beriadah dan berseronok, anda boleh ke Hot Spring untuk rehatkan diri. Jika anda ingin menginap di resort, bolehlah cuba aktiviti Lost World Of Tambun Glamping atau menginap di hotel berdekatan kerana satu hari di Sunway Lost World of Tambun ini tidak akan cukup buat anda.

Waktu Operasi  

Lost World of Tambun Theme Park

  • 11.00 pagi – 6.00 petang | Isnin – Jumaat *
  • 10.00 pagi – 6.00 petang | Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum

Lost World Of Tambun Hot Spring

  • 6.00 petang – 11.00 malam | 7 hari seminggu

*Ditutup setiap Selasa kecuali Cuti Sekolah & Cuti Umum

*Waktu akhir masuk: 1 jam sebelum ditutup

Lokasi

  • No.1, Persiaran Lagun Sunway, Sunway City, 31150 Ipoh, Perak.

Tiket Lost World Of Tambun

Cara Guna

Tempah tiket anda

  • Tambah tiket anda ke dalam troli beli-belah anda.
  • Semak keluar dan lengkapkan tempahan anda dengan pembayaran
  • Tripcarte Asia QR Code  akan dihantar ke emel anda dalam serta-merta.

Penebusan Tiket

  • Ini ialah tiket Booking. Anda hanya boleh pergi pada hari yang dipilih.
  • Pada hari tersebut, tunjukkan QR Code tersebut di kaunter tiket.
Shopping Cart