Lost World Of Tambun Ipoh

Taman tema Lost World Of Tambun ini merupakan taman tema semula jadi terbesar di Malaysia yang terletak di kawasan Tambun, Perak dan dikelilingi oleh kawasan batu kapur. Dikendalikan oleh Sunway Group, taman tema seluas 40 ekar ini menempatkan sehingga 10 taman dengan sehingga 64 tarikan buat pengunjung yang hadir.
Sentiasa dipenuhi oleh pengunjung terutama pada musim cuti sekolah dan cuti umum, tempat ini memang padat dengan aktiviti buat pengunjung sekeluarga. Anda boleh bermain gelongsor air di Lost World of Tambun Water Park, bermesra bersama haiwan di Lost World Petting Zoo atau cabar diri anda di Lost World Adventure Park. Seharian beriadah dan berseronok, anda boleh ke Hot Spring untuk rehatkan diri. Jika anda ingin menginap di resort, bolehlah cuba aktiviti Lost World Of Tambun Glamping atau menginap di hotel berdekatan kerana satu hari di Sunway Lost World of Tambun ini tidak akan cukup buat anda.

Waktu Operasi
Lost World of Tambun Theme Park
- 11.00 pagi – 6.00 petang | Isnin – Jumaat *
- 10.00 pagi – 6.00 petang | Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum
Lost World Of Tambun Hot Spring
- 6.00 petang – 11.00 malam | 7 hari seminggu
*Ditutup setiap Selasa kecuali Cuti Sekolah & Cuti Umum
*Waktu akhir masuk: 1 jam sebelum ditutup
Lokasi
- No.1, Persiaran Lagun Sunway, Sunway City, 31150 Ipoh, Perak.
Tiket Lost World Of Tambun
*Masuk percuma untuk kanak-kanak ketinggian 90cm ke bawah.
Lost World Tambun Entrance Ticket
Kanak-Kanak | Dewasa | Warga Emas | |
Warganegara | RM 65.45 | RM 72.25 | RM 65.45 |
Pelancong Asing | RM 93.50 | RM 99.45 | RM 93.50 |
Lost World Tambun Hot Spring & Night Park
Kanak-Kanak | Dewasa | Warga Emas | |
Warganegara | RM 47.18 | RM 54.40 | RM 47.18 |
Pelancong Asing | RM 56.10 | RM 63.75 | RM 56.10 |
Keterangan lanjut, Klik di bawah….

Cara Guna
Tempah tiket anda
- Tambah tiket anda ke dalam troli beli-belah anda.
- Semak keluar dan lengkapkan tempahan anda dengan pembayaran
- Tripcarte.asia QR Code akan dihantar ke emel anda dalam serta-merta.
Penebusan Tiket
- Ini ialah tiket Booking. Anda hanya boleh pergi pada hari yang dipilih.
- Pada hari tersebut, tunjukkan QR Code tersebut di kaunter tiket.
Polisi Pembatalan
Sah pada hari yang tertera pada tiket tersebut.
Baca Terma & Syarat di sini.
Klik untuk promosi terbaru di laman web kami.
Sila rujuk di sini untuk harga tiket Lost World Of Tambun.