Bukit Merah Resort yang terletak di Perak ini antara taman tema yang sering dikunjungi oleh pengunjung dalam mahupun luar negara. Bukit Merah Laketown Resort merupakan satu tempat eko-pelancongan yang menempatkan taman tema air, eco park dan pulau pemulihan orang utan.
Bukit Merah Laketown Waterpark
Dengan keluasan sebesar 11 ekar, di Bukit Merah Laketown Resort ini menempatkan taman tema yang memberi akses kepada anda untuk pelbagai aktiviti sama ada melibatkan air atau tidak.
Di taman tema air, sehingga 10 tarikan yang menyeronokkan yang boleh anda cuba seperti Water Speed Slides, Lazy River dan tarikan utama di sini iaitu Boomerang Fun-Slide dan “Sandy Beachfront” Wave Pool .
Jangan risau jika anda bawa anak kecil di sini, kerana terdapat Kids Adventure River dan Perak Mining Pool yang sesuai untuk kanak-kanak.

Eco Park
Jika anda sudah puas bermain dan ingin ke taman kering, bolehlah ke Eco Park ini. Dengan keluasan 4 ekar, eco park ini mempunyai lebih 40 spesis burung, mamalia dan reptilia. Anda berpeluang untuk melihat pemandangan hijau yang masih terpelihara di Bukit Merah Perak ini.
Pelbagai aktiviti menarik lain boleh anda cuba yang ditawarkan di Bukit Merah Resort ini seperti berkanu, kayak, dan SkyCycle.
Waktu Operasi
- 11.00 pagi – 7.00 malam
- Tutup Selasa kecuali pada cuti umum dan cuti sekolah.
Harga Tiket Bukit Merah
Kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah: Percuma
Akses:
Kanak-kanak (2-12 tahun) | RM 34 |
Dewasa | RM 45.90 |

Cara Guna
Tempah tiket anda
- Tambah tiket anda ke dalam troli beli-belah anda.
- Semak keluar dan lengkapkan tempahan anda dengan pembayaran
- Tripcarte Asia QR Code akan dihantar ke emel anda dalam tempoh 2 jam.
Penebusan Tiket
- Ini ialah tiket FlexPlus, tiada pengesahan tempahan yang perlu dibuat.
- Lawati tarikan pada bila-bila masa.
- Pada hari tersebut, sila tunjukkan kod QR anda di kaunter tiket.
