Promosi Cuti Sekolah Dengan Tripcarte Asia

Cuti sekolah pertengahan tahun bakal tiba dalam 2 minggu sahaja lagi. Bestnya cuti sekolah ni, anda dapat meluangkan masa bersama anak-anak. Meskipun cuti kali ini hanya seminggu sahaja, tapi jika anda pandai bajet masa anda boleh bawa anak-anak anda ke banyak tempat menarik.

Di sini tersenarai beberapa tempat dan aktiviti menarik khusus untuk anda yang mempunyai anak berumur 12 tahun ke bawah untuk dikunjungi.

Zoo Negara | Kuala Lumpur

Destinasi popular terutama sewaktu musim cuti, Zoo Negara  yang dibuka pada tahun 1963 ini menjadi rumah kepada lebih 450 spesis haiwan meliputi mamalia, reptilia, dan juga burung.

Antara haiwan yang terdapat di Zoo Negara termasuklah, harimau, beruang, penguin dan pastinya beruang panda yang dipinjamkan khas daripada kerajaan China iaitu Xing Xing dan Liang Liang. Lawatan anda ke sini menghiburkan buat anak-anak anda.

Aquaria KLCC | Kuala Lumpur

Selain taman dan pusat membeli-belah, KLCC turut menempatkan Aquaria KLCC yang merupakan akuarium hidupan akuatik yang dikatakan salah satu akuarium terbesar di Asia Tenggara.

Dihuni lebih daripada 150 spesis hidupan marin seperti ikan pari, Tigers Shark, ikan piranha dan banyak lagi, anda dan keluarga anda pastinya seronok meluangkan masa di sini. Anak-anak anda pasti teruja dapat melihat hidupan marin ini secara lansung depan mata.

Berjaya Times Square Theme Park | Kuala Lumpur

Berjaya Times Square ini juga terkenal sebagai destinasi hiburan untuk keluarga kerana di tingkat 5 pusat beli belah ini terdapat Berjaya Times Square Indoor Theme Park. Taman tema tertutup yang seluas 133 000 kaki ini juga merupakan taman tema tertutup terbesar di Asia Tenggara.

Dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Galaxy Station dan Fantasy Garden. Galaxy Station untuk dewasa manakala jika anda bawa anak kecil, anda boleh bawa mereka bermain di Fantasy Garden. Cosmo Theater, Fantasy Trail, Molly-Cool Swing dan banyak lagi permainan dan aktiviti untuk anak kecil anda. Menjadi destinasi percutian popular buat pelancong luar mahupun dalam negara.

Crocodile Adventureland | Langkawi

Pastinya terdapat banyak aktiviti dan tempat menarik yang anda dan keluarga boleh lawati sepanjang di Langkawi ini. Salah satu  tempat menarik di Langkawi yang anda boleh kunjungi bersama keluarga ialah Crocodile Adventureland Langkawi. Crocodile Adventureland Langkawi ini merupakan taman buaya terbesar di Malaysia.

Menempatkan sehingga 4000 buaya dari pelbagai spesis dan saiz, di sini anak-anak anda  boleh melihat dan belajar tentang spesis-spesis buaya yang ada seperti Buaya Tembaga, Buaya Siam, Buaya Gharial dan lain-lain. Anak-anak anda juga dapat memegang dan bergambar bersama dengan buaya-buaya dan tidak ketinggalan saksikan persembahan buaya yang diadakan pada jam 11.00 pagi dan 2.45 petang.

Kuala Selangor Fireflies | Selangor

Jika anda inginkan percutian berasaskan alam semula jadi bersama keluarga anda, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan keindahan malam yang bermandikan cahaya kelipan kelip-kelip di Kuala Selangor Fireflies. Untuk pengetahuan anda, hanya terdapat beberapa tempat sahaja untuk melihat kelip-kelip iaitu di Brazil dan juga Malaysia.

Sememanganya anda beruntung kerana tidak perlu untuk keluar dari negara untuk melihat keindahan malam ini. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk bawa keluarga anda untuk bersama-sama menikmati dan mengalami keindahan malam yang mengasyikkan yang pastinya tidak akan dilupakan.

Sunway Lagoon | Selangor

Rugilah jika cuti sekolah ini tidak berkunjung ke Sunway Lagoon. Mempunyai 90 jenis permainan dengan keluasan 88 ekar dan tarikan untuk semua tanpa mengira peringkat umur, banyak perkara menarik yang boleh anda dan keluarga boleh cuba di sini.

Dari bermain di Sunway Lagoon amusement park, bermandi-manda di Sunway Lagoon Water Park, melawat haiwan-haiwan di Wildlif park dan banyak lagi aktiviti buat  anda dan keluarga. Anda pastinya  tidak kecewa meluangkan masa bersama keluarga anda di sini.

Shopping Cart