( PROMO 2019 ! ) Harga Tiket KL Upside Down House + Up to 15% OFF

KL Upside Down House

Pernah terbayang tak kalau dunia ni dalam keadaan terbalik? Sekarang anda dah tak perlu terbayang lagi sebab di KL Upside Down House, anda boleh rasai pengalaman dalam keadaan rumah terbalik.

KL Upside Down House yang terletak di Menara KL ini merupakan rumah terbalik terbesar di Kuala Lumpur kerana mempunyai 2 tingkat. Buat anda yang gemar bergambar, KL Upside Down House ini merupakan lokasi yang sesuai dan menarik untuk bergambar. Bawa keluarga anda untuk sama-sama merasai pengalaman yang menarik ini.

Waktu Operasi  

  •  9.00 pagi – 10.00 malam | Setiap hari
  • Waktu akhir masuk: 1 jam sebelum ditutup

Lokasi

KL Upside Down House
Off, Jalan P Ramlee, &, Jalan Puncak, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur